Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~*...Qudwah Hasanah...*~


Salam mahabbah buat kalian semua,rakan2 seperjuanganku..muslimin dam muslimat...
Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kerana masih lg mampu bernafas di atas muka bumi ini hanya dengan bantuan daripada Allah S.W.T..

Pada entry kali ni..saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang sirah nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W..Saya terfikir sejenak mengenai sifat2 mulia yg ditunjukkan Rasulullah S.A.W dalam mengharungi kehidupannya yang mana umat sekarang semakin melupainya...Sungguh mulia pekerti sifat Rasulullah S.A.W yg menjadi qudwah hasanah, pedoman hidup buat kita semua..

Allah sendiri menggesa kita untuk mencontohi kehidupan Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya bagi kamu,Rasulullah itu sebagai contoh ikutan yang terbaik,untuk sesiapa yang berhajatkan pertemuan dengan Allah dan hari akhirat, dan ingatilah Allah dengan banyak" (Al-Ahzab:21)

Allah sendiri berfirman,sesiapa yang berhajat kepada Allah dan ingin kehidupannya kembali kepada Allah dengan baik sepertimana datangnya kita ke dunia dengan suci,maka contoh terbaik untuk dicontohi adalah kehidupan Rasulullah S.A.W.

Dia seorang yang lemah lembut bukan sahaja kepada para Sahabat,malahan kepada orang yang mencaci dirinya.Dia seorang yang sabar dan memikirkan umatnya walaupun yang membencinya..

Dengan mengimbau sirah Rasulullah S.A.W dengan sifatnya yang sentiasa bersyukur sepatutnya menjadi ikutan setiap insan pada zaman sekarang yang semakin lupa akan Tuhan dan pedoman hidup di sebabkan nikmat dunia semata-mata..Ramai yang berputus asa dalam kehidupan mereka kerana tidak bersyukur di atas apa yg telah Allah kurniakan itu, pasti ada hikmahnya dan itulah yang terbaik bagi kehidupan kita...

Di sini kita dapat lihat bahawa Rasulullah yang sentiasa bersyukur dalam setiap kehidupannya. 
Satu malam, Sayidatina Aisyah,isteri Rasulullah S.A.W melihat Rasulullah S.A.W solat malam sehingga bengkak-bengkak kakinya. Saiyidatin Aisyah bertanya, "Kenapa kau beribadah sebegitu rupa?Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu dan yang akan datang?"
Rasulullah menjawab dengan lembut, "Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"

Ada lagi satu kisah yang dapat kita jadikan iktibar dan pedoman yang menunjukkan sifat mulia Rasulullah S.A.W...

Pernah pula satu hari, Sahabat-sahabat melihat Rasulullah S.A.W solat duduk. Mereka bertanya, "Adakah engkau sakit Ya Rasulullah?"
Rasulullah menggeleng. "Tidak,tetapi aku lapar."

Masya-Allah....pemimpin yang tertinggi; yang dimuliakan semua orang, lapar sehingga terpaksa solat duduk. Dapur rumahnya memang jarang berasap. Dia tidak mengambil harta yang bukan hartanya. Dialah orang yang paling awal berlapar di kalangan umatnya; dialah orang yang paling akhir kenyang di kalangan umatnya. Rasulullah sentiasa bersederhana dalam semua hal, supaya semua orang tidak merasa berat untuk mencontohinya.


Ya Ikhwah wa Akhawati,
Itu baru secebis daripada kecantikan akhlaknya, perilakunya, hatinya, dan jiwanya. Rasulullah sentiasa memancarkan kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan ke dalam hati umatnya. Malah ketika hendak wafat, yang keluar daripada mulut baginda ialah, "Ummati...Ummati...Ummati..."

Ya, ketika baginda sedang sakarat, baginda masih memikirkan umatnya

Apabila baginda wafat, ramai orang berkata, "Ketika Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, hari itu merupakan hari yang paling terang-benderang. Apabila Rasulullah S.A.W wafat, ternyata, hari itu merupakan hari yang paling gelap."

Alangkah mulianya akhlak Rasulullah S.A.W..Jika kita membelek buku2 sirah tentang kehidupannya dan mendalaminya,serta mempraktikkannya dalam kehidupan kita pasti ketenangan dan kebahagiaan akan menjadi milik kita jika kehidupan Rasulullah menjadi inti pati kehidupan kita walau hanya secebis..

Marilah kita sama2 mencontohi kehidupan Rasulullah S.A.W yang amat cantik ini...
~Rasulullah S.A.W adalah qudwah (contoh) kita yang terbaik. Hendak bertemu dengan Allah? Bukankah kehidupan Rasulullah itu yang perlu kita contohi?...~
Renung2kanlah.................(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: