Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~*...cinTa...cinTa...cinTa...*~

As-Salam...........penuh kerinduan buat semua..tuk entrY kali ni,mY hearT nk poSt ckeT sal cinta..kaTa-kata madah yG saya jumpe dan koleksi2 madah tentang CINTA...
Kenape perlu cinta??Ye..cinta itu fitrah...
Betul ke seseorang yg bercinta tak lekang dr merasa kesakitan????
(cinta antara manusia dgn mnusia @ cinta antara mnusia dengan KHALIQNYA??)
semestinya bercinta dgn Khaliq xkan menemui kesakitan

Yang saya nak kongsi ini adalah tentang cinta mnusia dengan manusia.....
perhatikan kata-kata indah 'cinta' ni:,..............


CINTA
Salahlah bagi orang yang mengira bahwa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama dan rayuan yang terus menerus.
# ermmm...komen anda mcamane??

Cinta adalah tunas pesona jiwa, dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat, ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan abad.
# ermm..btul ke??...


CINTA
Ketika cinta memanggilmu maka dekatilah dia walau jalannya terjal berliku, jika cinta memelukmu maka dakaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu.
# erm..menarik2..cinta yg terlalu subjektif...


CINTA
Cinta tidak menyedari kedalamannya dan terasa pada saat perpisahan pun tiba. Dan saat tangan laki-laki menyentuh tangan seorang perempuan mereka berdua telah menyentuh hati keabadian.
#..ermm..yeke??saya ambil mksud "Dan saat tgn laki2 mnyentuh......" tu selepas ikatan yg sah dibina atas akad perkahwinan...bkn sebelum perkahwinan...


CINTA
Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia kerana cinta itu membangkitkan semangat- hukum-hukum kemanusiaan dan gejala alami pun tak mampu mengubah perjalanannya.
# sape paham kata-kata ni??saya kurang faham...


CINTA
Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang.
# wallahua'lam...insya Allah kerana Allah saje yg Maha Mengetahui...


ATAS NAMA CINTA
Jangan kau kira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad.
# maksudnyer??bukan senang untuk bercinta??...


CINTA YANG BERLALU
Cinta berlalu di depan kita, terbalut dalam kerendahan hati; tetapi kita lari daripadanya dalam ketakutan, atau bersembunyi di dalam kegelapan; atau yang lain mengejarnya, untuk berbuat jahat atas namanya.
# any komen??..emm..cinta yg berlalu...


CINTA LELAKI
Setiap lelaki mencintai dua orang perempuan, yang pertama adalah imaginasinya dan yang kedua adalah yang belum dilahirkan.
# itulah lelaki..bgaimana dengan wanita??


TAKDIR CINTA
Aku mencintaimu kekasihku,sebelum kita berdekatan,sejak pertama kulihat engkau.
Aku tahu ini adalah takdir.Kita akan selalu bersama dan tidak akan ada yang memisahkan kita.
# ermm..bercintalah kerana Allah..kerana cinta itu bisa diragut dek hilangnya cinta pada Allah...


CINTA PERTAMA
Setiap orang muda pasti teringat cinta pertamanya dan mencuba menangkap kembali hari-hari asing itu, yang kenangannya mengubah perasaan direlung hatinya dan membuatnya begitu bahagia di sebalik, kepahitan yang penuh misteri.
# bgaimana dengan cinta kedua??..kenangan tetap kenangan..hidup perlu diteruskan..


LAFAZ CINTA
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu… Aku ingin mencintaimu dengan sederhana… seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.
# penuh tersirat dan terlalu indah bagi sesiapa yang bertuah dapat mendengarnya dari yang tersayang..tp,perlu ingat..jgn bermain dengan kata2,kelakmakan diri..bersederhanalah!!


LAFAZ CINTA
Jangan menangis, Kekasihku… Janganlah menangis dan berbahagialah, kerana kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah… kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan.
# lafaz cinta indah yg selalu membuatkan seseorang itu hilang dr kesakitan...mcm tu??


KALIMAH CINTA
Apa yang telah kucintai laksana seorang anak yang tak henti-hentinya aku mencintai… Dan, apa yang kucintai kini… akan kucintai sampai akhir hidupku, kerana cinta ialah semua yang dapat kucapai… dan tak ada yang akan mencabut diriku daripadanya.
#  melainkan Allah...apa2pun mesti bersandarkan hidup padaNya...


CINTA DAN AIRMATA
Cinta yang dibasuh oleh airmata akan tetap murni dan indah .
# hee..yeke?sebab bukan dinamakan cinta jika tidak mengalirkan air mata...


MENCINTAI
Kekuatan untuk mencintai adalah anugerah terbesar yang diberikan Tuhan kepada manusia, sebab kekuatan itu tidak akan pernah direnggut dari manusia penuh berkat yang mencinta.
  # =)......

Indahkan kata-kata cinta ni??...kalaulah begini juga cinta kita kpd Allah S.W.T...pasti Dia akan kurniakan cinta itu lebih indah lagi dripada ni...insya ALLAH..
*berSama2 kita mencari cinta ILAHI dan keredhaanNYA....=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: