Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~*...heNtiKan PendeRaaN kaNak2...*~



unicef

"Penderaan Kanak-kanak"..Itulah isu penting masa kini yang kian teruk melanda sekarang...Apakah punca penderaan kanak-kanak ini?adakah disebabkan rapuhnya institusi rumahtangga masa kini?ataupun adakah disebabkan kurangnya kesabaran dan nilai2 murni seseorang kerana ampuhnya jati diri dalam mendidik diri sebelum mendidik keluarga?itulah persoalan yang perlu diambil kira dalam menyelesaikan permasalahan ini...


Semestinya gerun bila dikhabarkan oleh media2 tentang penderaan kanak2 ini terutamanya ibubapa yang ingin melihat dan menginginkan keluarga aman dan harmoni seterusnya menyelamatkan daripada jenayah ini..tetapi,segelintir pihak tidak begitu menitikberatkan permasalah ini kerana baginya tanggungjawab sebagai ibubapa hanya menyediakan keperluan makan,minum,pakaian dan tempat tinggal sahaja...bukan dengan cara kasih sayang yang ditonjolkan dalam memenuhi keperluan rohani dan juga jasmani sesorang itu...


Anak-anak adalah anugerah ALLAH yang mana telah diamanahkan oleh ALLAH untuk menjaga mereka..maka,adalah wajib bagi ibubapa dalam menjaga kehidupan anak2 dalam semua aspek kehidupan...dan anak-anak adalah tanggungjawab kita untuk melindunginya...


Terlalu banyak kes-kes penderaan yang kita dengar sekarang ini yang mana ibubapa sanggup mementingkan keperluan diri sendiri seperti mempertahankan cinta terhadap kekasihnya daripada mementingkan kehidupan anak-anak..sehingga anak-anak menjadi mangsa keadaan disebabkan masalah yang dihadapi oleh percintaan itu...maka,timbullah penderaan teruk seseorang kekasih ibunya sehingga membunuh anak yang ternyata tidak bersalah...kenapakah ini berlaku???di manakah sensisitiviti kemanusiaan yang patut ada dalam diri seseorang??..semua itu perlu difikirkan dan diselesaikan dengan segera....

Kanak-kanak dipaksa bekerja mencari wang keperluan...adakah penganiayaan ini dibiarkan begitu sahaja?sedangkan mereka itu perlu di jaga,di belai.di didik dengan penuh kasih sayang dan perhatian..tetapi,dipaksa melakukan kerja2 berat semata2 untuk menanggung kewangan keluarga....di manakah nilai tanggungjawab ibubapa dalam melindungi dan menjaga mereka??

Adalah terlalu banyak kes-kes penderaan kanak-kanak ini...dan ini perlu dibendung..tetapi,dengan cara bagaimanakah permasalah ini dapat diselesaikan??semua itu datang dari hati masing2...hati seseorang perlu dibaiki dalam memastikan kehidupan diri selamat dan terhindar daripada melakukan kejahatan...

Sama-sama kita menyahut kempen "hentikan penderann kanak-kanak" dalam memastikan keharmonian masyarakat justeru melahirkan masyarakat penyayang...

"HENTIKAN PENDERAAN KANAK-KANAK"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

wantong said...

semoga dijauhkan perkara sebegini

Anisa said...

hentikan lah penderaan nii

kesian budak2 tu kan
:'(