Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~...Nak tahu tak???..Fakta2 menarik dunia Part 3...*~

Salaamm..=)

Salam penuh barakah buat semua teman2 mY heart..
kali ni mY heart ingin berkongsi tentang info2 menarik iaitu fakta2 menarik yg terdapat di dunia ini yang mana telah masuk bahagian 3 menerusi blog mY heaRt...
Mungkin fakta2 ini dapat menambahkan ilmu kita semua sebagai renungan bersama...
Jom layaan fakta2 menarik Part 3 mY heaRt.......

!
!
!
!
!
!

1)
Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
2)
Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia
 dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.
3)
Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.
4)
Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
5) 
Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
6) 
Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
7) 
Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
8) 
Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
9) 
Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.
10) 
Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: