Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~*...NaK tahu taK??..Fakta2 menarik dunia Part 8...*~

salaamm................(",)",)/~

!
!
!
!
!

1)
Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat “menggerunkan”- sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!

2)
Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.

3)
Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

4)
Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

5)
Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.

6)
Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.

7)
Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker’ sempena tindakan Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya.

8)
 Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

9)
Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

10)
Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

Sca Ndx said...

aku suka baca mastika sebab info camni. great info :)

Unknown said...

haha,,nice entry

tieha ismail said...

ouh....menarik...nice info !

|| a - j . E . E || said...

isteri 7000 orang? wow!!

hehe tinggal jejak kat sini boleh? dari tadi loading tapi tak dapat nak tinggal jejak kat chatbox.. huhu salam ziarah :D

: husna : said...

lamenyer gajah hamil!~ ish3

kai azmier said...

lama gile gajah beranak.. interesting fact ler.. =)

Ibu Amani said...

lama gile gajah bunting...lebih kurang 2 tahun...pergh...huhu

teratai said...

salam, dan tahu tak, buruh2 yg bekerja membena taj mahal dipotong tangannya oleh Shah Jehan supaya mereka x boleh membina satu lagi taj mahal! Kejamkan!

Cik Su Life Cycle said...

240 juta.. banyak gila tue.. ramai gak yang merokok yer..
nak promote blog kejap.. jangan lupa vote no 53 untuk blog baru pilihan.. senarai no 2... tq :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

ha3.. suka fakta yang ke-10..