Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

Showing posts with label cerita2. Show all posts
Showing posts with label cerita2. Show all posts

~*...cerita biskut...*~

Biskut


Ada satu cerita ... Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.
Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah nyumpah lelaki itu. 
"Alangkah tak malunya lelaki ni.....sudah la tak mintak izin dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!" rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.
Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya
"Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.." Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...
Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.



MORAL CERITA
Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu
bas/keretapi/kapalterbang...makan benda lain.

Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut
berbanding perempuan

Moral 3: Lain kali simpan biskut yang kita
beli.....makan biskut orang dulu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...CARA MENGELAK DARI MALU...*~


CARA MENGELAK DARI MALU... 

 1. kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn
bila takde orang nampak..


2. kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda
semula dan jatuh la lagi sehingga berkali-kali supaya
orang ingat anda saje2 buat lawak...


3. kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk
halus...


4. kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang
ada sambil marah2 dengan suara yang kuat, pasti orang
menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap
kebersihan....


5. kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah
kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada orang di
blakang anda....


6. kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat2 pengsan
sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring
terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop
tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....


7. kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk
jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang
dapat malu...ye tak?...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Kalau Sudah Sampai Ipoh ...*~

Kalau Sudah Sampai Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya... "Sudah sampai Ipoh belum?". Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidur aje la.. belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. Pakcik kejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukah kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..
Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*..jodoh saya masih ada...*~


BALING: “Saya tak sangka dalam usia emas ini jodoh masih ada. Inilah ketentuan Allah,” kata Md Yusof Jamaluddin, 72, yang bertemu jodoh dengan Khotijah Ahmad, 59, selepas lima tahun menduda.
Md Yusof dari Kampung Haji Abas, Mukim Bongor, di sini berkata, selepas isterinya Che Don Zakaria meninggal dunia akibat barah usus pada 2005, dia tinggal bersama anaknya, Norita, 24.
Hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, dia dikurniakan lima anak dan sembilan cucu.

Katanya, dia tidak pernah terfikir berkahwin lagi, tetapi ketentuan Allah tidak mampu menghalangnya apabila bertemu jodoh dengan Khotijah dari Kampung Nering, di sini, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.


“Gurauan rakan-rakan kerana saya menduda lama menyebabkan saya terbuka hati berkahwin lain walaupun sudah dimamah usia tetapi gembira kerana anak-anak serta cucu tidak menghalang.

“Semua anak tidak menghalang, malah mereka semua bersetuju saya berkahwin lain dan menerima ibu baru,” katanya ketika ditemui pada majlis pernikahannya di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, kelmarin.

Majlis itu meriah apabila pasangan pengantin warga emas itu turut diiringi lebih 100 motosikal selain dihadiri lebih 600 tetamu termasuk keluarga mempelai.

Anak sulungnya, Norhayati, 40, berkata, sebelum ini, bapanya tidak pernah berhasrat berkahwin lain walaupun sudah menduda sejak lima tahun lalu.

“Bagaimanapun sebulan lalu dia ada menceritakan keinginan berkahwin lain kerana sunyi dan memikirkan masa depan jika dia sakit.

“Saya berbincang dengan adik-beradik lain apa diluahkan bapa tempoh hari menyebabkan kami semua bersetuju dan tidak menghalang keinginannya,” katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga menganggap perkahwinan itu jodoh yang sudah ditentukan Allah dan menerima ibu baru serta anak-anaknya yang lain sebagai satu keluarga dan berdoa semoga kekal sepanjang hayat.

“Kami bukan setakat menerima ibu baru tetapi juga adik-beradik baru menjadikan kami sebagai satu keluarga besar,” katanya.

Sementara itu, Khotijah berkata, dia menganggap perkahwinan itu sebagai ibadat dan berjanji menjadi isteri yang baik kepada suaminya.

“Saya akan menyayangi mereka sebagai satu keluarga besar,” katanya.

Dia yang menjanda selama dua tahun selepas arwah suaminya, Shaari Abd Wahab, meninggal dunia kerana sakit tua.

Katanya, sejak kematian suami, dia yang bertungkus-lumus mencari rezeki dengan mengambil upah menoreh untuk menyara keluarga.





*camtulah bile dah dikatakan jodoh...jodoh xmengenal umur...=)..smoga berbahagia yer..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...cuti2 tak berapa cuti...*~

Salam pembuka bicara....



moga sihat2 sume yer teman2 my heart sekalian...
sempena cuti sekolah ni,mesti banyak aktiviti2 kalian adakan tuk mengisi masa bersama yg tersayang kan..
bestnyerla kan...ni tuk yg merasa cuti sekolah je la kan..

bagi teman2 yg menuntut di IPTA/IPTS yg da bermula semester baru tu,sabar ey..biasalah stdy ni kena cuti sket2 jer...hehe..blajar rjin2 bia result gempak ey...

bagi my heart pulak yg baru menamatkan pengajian kt UIA ni ,pada bulan 11 lepas lagi sebenarnye...tp,xmerasa bercuti kt kampung pon lagi..
ni yg teruja nk bgtahu ni...esok nk blik kampung sudaaa....yeay!!..tp,mlm ni baru nk cari tket...huhu..ada lagi ke ey??kot2 la abes sempena krismas ni...ntah2 xde tket blik ti abesslaaa...
hopefully ade lagi kan...hehe
xramai kot yg nak ke kelantan cuti2 krismas ni..
yg nak ke KL mungkinm ramai kot..yeke??..hehe(ayat sdpkan hati tue...)

ok daaa....
mau makan daaaa....
zasssttt....(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Pesanan tuk u aLL...*~

Salam.........

Malam ni my heart rasa free cket...sebab 'anak2' tido sudaaa....(",)",)/~...so, t'pikir2 ape nak tulis tuk entry kali ni...pkir punyer pikir...baru teringat ade sorang ni beria2 nak masukkan pesanan 'Hi' nye kt blog ni...

dengan besar hatinya my heart nak sampaikan laa pesanan dari budak sorang ni...
yg penting cute la orangnyer...hehehee..

xnak cakap banyakla...korang tgok la sndiri ey..cian die..beria2 nak masuk blog my heart ni...bangga plk ase...heheheh..

!
!
!
!
!


Amacam?? mantain comel n kiut je baby ni kan...
my future baby kot...insyaALLAH..hehe...
sape xnak baby comel camni kan...
pepun,baby ni da puas hati daa coz die da dpt say Hi kt korang sume...hehe..
korang pon rajin2 la datang blog my heart ni..(amek kesempatan cket)...ki2..

daaaaaa.....ZzzZzz..layannn tito lak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*..cerita nakal ke??...*~


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yang cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pergi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan-rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 kami dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pergi memancing kat lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pergi sungai tu, tak sempat pula solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yang agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dengan tergesa2 sebab waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yang kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, "Hish, sapa pulak yang gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ke, sebab dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara org ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yang datang nak sembahyang Asar duduk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut lah kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu saja, tak jadi pergi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Baca ni naK release tenSion..hee...~*

RELEX FOR A WHILE…


Cerita satu

Pada suatu masa, ada 2 orang. Apabila hari malam, mereka mendirikan khemah...

ZAKI : Eh, cuba kau tengok kat atas, apa yang kau nampak?

ESE : Bintang...waa,banyaknye bintang....

ZAKI : Apa tandanya?

ESE : Ntah..??

ZAKI : Apalah kau ni...Tu tandanya khemah kita kena curi...



Cerita dua

Driver : How was nasi lemak that day, sir?

Mat Salleh : The rice was ok, the sambal was hot but the SALAD taste was so terrible, hard & in wierd square shape.#*$@%

Driver : Opps..mat salleh ni tentu dah termakan daun pisangnya sekali...ekekeke



Cerita tiga

Pada suatu hari, Tini dan Tikah menceritakan tentang kelebihan ayah masing-masing..

Tini : Ayah aku boleh menyelam selama 3 jam kat laut tanpa bantuan.

Tikah : Ko pernah dengar tak nama laut mati?

Tini : Pernah kot, nape?

Tikah : Ayah aku la yang bunuh..



Cerita empat

Masing-masing membanggakan bapa masing-masing...budak budak..

Tini : Bapa aku hebat! Boleh menyelam 10minit di dasar laut tanpa bantuan pernafasan.

Tikah : Bapa aku lagi hebat! Dah sepuluh tahun dia menyelam sejak aku lahir, masih tak timbul timbul..



Cerita lima

Seorang guru Bahasa Inggeris sedang menulis di papan tulis. Murid2 bising,dia memberi amaran. “all of you hold your tongue or I will send to Principal”. Dia pun sambung menulis. Dia hairan kenapa kelas mula senyap. Rupa-rupanya dia melihat semua pelajar sedang “memegang lidah” kerana takut dihantar bertemu dengan principal...



Cerita enam

Ada seorang mamak naik motor tengah malam tak pasang lampu. Sampai di satu selekoh dia pun ditahan polis trafik.

Polis : apasal tak pasang lampu?

Mamak : apa mau bikin lampu. Sana lampu,sini lampu..

Tetiba polis 2 buka tiub tayar motor si mamak.

Mamak : apasal tok bukak tiub saya punya motor?

Polis : apa susah. Sana angin, sini angin..

Mamak : ???





Cerita tujuh

Di Pahang..

Di kedai kopi cina,A,K & P sedang sibuk berborak..

Taukeh : Lu apa minum?

A : kupi (kopi)

K : Teh ais

P : kas nok kasseberg!!

A & K pelik tengok taukeh 2 bagi ‘carlsberg’ kat P..

P : ehhh taukeh..maksud aku, kalau aku nok..aku sebut(cakap)..!!

Taukeh : haiyyaa??



Cerita lapan

Budak : sian kat datuk ngan nenek, biar saya belikan makanan.

Datuk : tak payahla cucu.Ni pun dah cukup.

Budak : kenapa nenek tak makan lagi, nenek tak suka makanan ni ke? Biar saya belikan yang lain.

Nenek : tak payahla cucu..nenek tengah tunggu turn nak pakai gigi palsu datuk...



Cerita sembilan

Guru : dalam banyak banyak akhbar, akhbar apa yang betul?

Semua muridnya tak dapat jawab. Tiba-tiba..

Ima : yang betul akhbar cina la..

Guru : kenapa?

Ima : Semua akhbar dibaca dari kiri ke kanan, itu tandanya salah..tapi akhbar cina pula dibaca dari atas ke bawah, itu tandanya betul..betul tak?

Guru : ada-ada saja..



Cerita sepuluh

Telinga lipas terletak kat kaki?

Ujikaji 1 : amik lipas, lepaskan dan jerit...lari!lari!lari!

Ujikaji 2 : tangkap balik pastu buang kaki.pastu lepaskan dan jerit lari!lari!..gerenti tak lari punya sebab dia tak dengar..=)



Cerita sebelas

Satu hari segerombolan pelancong Indonesia datang ke sebuah restoran di Kelantan untuk makan tengah hari..

Pelayan kedai : encik nak makan apa?

Wak soehartojo : (sambil menunjukkan lauk pauk kat atas meja..) lauk ni..bisa..yang ni bisa..yang ni pun bisa..yang ni tak bisa(budu)..yang ni pun tak bisa(sambal belacan)..nasi satu pinggan ya...

Pelayan tadi pun membawa makanan yang dipesan wak soehartojo..

Bukan main terkejut wak soehartojo kerana yang dibawa oleh pelayan tadi hanya nasi, budu dan sambal belacan..dia pun tanya kenapa..

Pelayan kedai : bukan ke bapak bagitau semua makanan tadi BISA..jadik saya bawakan makanan yang tak bisa..



Cerita dua belas

Seorang lelaki membawa nenek yang tak pernah menyewa hotel ke bilik..

Lelaki : Puan, biar saya tolong bawakan beg puan.

Nenek : terima kasih..

Lelaki : sila masuk, puan.

Nenek : apasai ini bilik manyak kecik.TV,bilik mandi, katil tarak..Lu ingat wa tak boleh bayar ka??

Lelaki : sabar puan, kita baru masuk dalam lif..



Cerita tiga belas

Ali dan wak sedang berborak tentang kereta baru wak..

Ali : saya dengar wak ada beli kereta baru?

Wak: ada, kenapa?

Ali : apa nama kereta 2?

Wak: wak se gen

Ali : apa yang nak di segankan,wak?

Wak: wak se gen

Ali : ????????



Cerita empat belas

Abu sedang membawa kereta ke rumah bersama Dolah..

Abu : tengok belakang sat..kalau kena bagitau.

Dolah : okey..

Abu pun mengundurkan keretanya.tiba-tiba bukkkkkk!!!!!!!

Dolah : dah kena, dah kena...



Cerita lima belas

Ada dua orang sahabat yang tak pernah naik kereta api hendak pulang ke kampung menaiki kereta api..sampai setengah perjalanan, pemuda pertama memberi pemuda kedua pisang.pemuda kedua pun makan pisang tu..sampai kat terowong..

Pemuda 2 : kau dah makan pisang tu ke belom?

Pemuda 1 : blom, knape?

Pemuda 2 : jangan makan pisang tu..aku makan terus je buta..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...BACA NI!!..penTinG!!!...*~

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan  menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu... si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...

si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...

 Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang
Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...

Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...

Sekadar renungan bersama:
berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Dapat AWARD dri helow kittY...*~


Slm pagi semua....

Arini mY heart dapat award dari cik helow kitty...
waahh..."award blog very nice" gitu...nice ke??hee..pe2 pun thanx yer....
(",)",)/~

So,sempena my heart dapat award ni..my heart kena jawab 3 soklan...

1) berikan gelaran kepada  pemberi award...=
"cutey"

2) ucapan tuk pemberi award...=
"my heart nk ucapkan byk2 terima kasih pada si cutey "helow kitty" ni..xsangka dpt award ni sebenarnya..pepun,sama2 kita teruskan dunia blogging ni yer..."

3) tag 3org rakan blogger...=
"so,my heart tag kan 3org mmber blogger my heart tuk kongsi2 award ni...

thanksss ye sekali lagi wat cutey helow kitty...heee.....suke3..=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Hati² melawat org meninggal...*~

hati² melawat org meninggal

Semoga ianya menjadi iktibar bagi kita semua, terutama yg ada bayi kecil...
please take note of this for our on good.... 

orang tua-tua selalu cakap.... bila balik dari melawat orang meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah. 

Di sini ada cerita yang mY HearT terbaca tragedi yang menimpa seorang bayi perempuan yg terkena badi mayat....sama2 kita ambil pengajaran.................

"Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. 

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu didatangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu). 

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memandang wajah seorang demi seorang. Beliau berkata yang di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak  mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada.Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah ... katanya).

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua, dan bukannya seorang tetapi tujuh orang. Benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya), jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal. 

Sampai satu tahap saya berdoa agar ada makhluk Allah yang meninggal pada hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dengan izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulillah. 

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang kecil itu dimandikan menghadap kiblat berserta sepotong doa yang diberikan.Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan, separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.

Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin daripada neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. 

Saya menceritakan kepadanya dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Apabila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu saya yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. 

Pintu dan tingkap diminta  dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya sangat rindukan selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan spontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. 

Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan  sesuatu). Penutup pengukus pulut itu dipenuhi dengan cacing2 dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke dalam longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu  kepada saya, suami dan keluarga yang ada. "Ada seorang daripada ahli keluarga saya yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan,kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya." Cik Man cakap itu adalah badi mayat. 

Kebetulan memang bapa saudara saya  sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kepada bayi saya. 

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya untuk membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya sebagai penghargaan kerana saya gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang sekali lagi untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. 

Saya pun mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah dipenuhi dengan lumut. Saya bertanya kepada tuan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang ke rumah Cik Man. Mamak tu berkata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. 

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man, saya sedekahkan kepada surau yang berhampiran. Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal."

*Apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS