Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

~*...Faktor perceraian...*~

PENDEDAHAN Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, menerusi kajian yang dibuat pada 2008, mendapati wujudnya potensi tinggi berlakunya perceraian dalam usia perkahwinan 10 tahun ke bawah.
Dalam kajian pada 2007 pula, Jakim mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian dan bagi tempoh enam hingga 10 tahun pula mendapati 27.7 peratus bercerai.
Ini bererti tempoh 10 tahun pertama adalah paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan perceraian.
Berdasarkan rekod 2009, 135,136 perkahwinan didaftarkan manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan.
Di negara kita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diwujudkan bagi menjaga kebajikan wanita supaya tidak teraniaya, tertindas, ketinggalan dan seumpamanya.
Namun, melihat keadaan semasa di negara kita pada masa kini, mungkin tiba masanya kita memikirkan sebuah badan khas untuk membantu lelaki yang kelihatan semakin pudar keupayaan mereka.
Allah SWT menciptakan isi dunia ini berpasangan supaya mereka saling bekerjasama memakmurkan dunia sesuai dengan fitrah mereka.
Namun, jumlah wanita lebih ramai memenuhi institusi pengajian tinggi dan seterusnya semakin banyak menguasai jawatan dalam bidang pekerjaan.
Pendidikan dalam rumah tangga semakin terhakis, satu puncanya adalah apabila wanita semakin ramai diperlukan untuk keluar bekerja sedangkan lelaki pula gagal menampung keperluan membantu dalam pendidikan anak.
Dalam kata mudahnya, dunia pekerjaan kini memerlukan bantuan wanita untuk terus bergerak tetapi dunia rumah tangga memerlukan bantuan lelaki untuk terus harmoni.
Apabila wanita kelihatan berjaya menampung keperluan dunia pekerjaan, tentu kemampuannya mengurus isi rumah tangga menyusut, ketika itulah peranan lelaki diperlukan tapi sedikit malang apabila lelaki terus terkebelakang.
Di dunia kerjaya mereka menyusut, di dalam rumah tangga mereka sering gagal menampung ruang kosong ditinggalkan isteri yang bekerja.
Hasilnya pergolakan pasti berlaku, rumah tangga berantakan, anak pasti terkena impak negatif dan seterusnya mendasar di dalam jiwa mereka sehingga dewasa.
Lebih buruk jika impak itu merosak jiwanya dan menjadikan anak berkenaan sebagai pembuli di sekolah, ‘virus’ di universiti, sampah dalam masyarakat dan pencipta masalah dalam negara.
Allah SWT menyebut dalam surah Al-Nisa, ayat 43, bahawasanya: “Lelaki itu adalah ketua ke atas wanita disebabkan kerana kurniaan yang diberikan kepada mereka dan disebabkan nafkah yang mereka berikan.” Jelas daripada ayat di atas, Allah melantik lelaki selaku ketua dan pemutus keputusan di dalam sesebuah rumah tangga berdasarkan dua sebab utama iaitu, kelebihan fizikal mereka dan, tanggungjawab mereka selaku pencari nafkah untuk keluarga.
Nescaya, kalau kedua-dua itu tidak disempurnakan dengan baik, pasti masalah akan berputik satu demi satu, ketidakpuasan hati akan menjelma hari demi hari, kehidupan akan berubah kepada seribu satu macam jenis masalah hingga berakhir dengan perceraian dan anak bermasalah.
Kerana itu keharmonian keluarga sangat penting dalam Islam dan Rasulullah SAW mengatakan, krisis dalam keluarga boleh ‘menghakis’ agama kerana ia punca kepada masalah lebih besar dalam masyarakat.
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sahabatku, mahukah kamu aku khabarkan satu amalan yang lebih besar fadilatnya berbanding puasa (sunat), sedekah (sunat) dan solat (sunat)?” Maka Abu Darda’ menjawab: “Ya, Rasulullah.” Baginda membalas: “Itulah mendamaikan perbalahan dalam keluarga dan masyarakat.” (Riwayat Al-Tirmidhi Abu Daud) Rasulullah turut menyatakan bahawasanya: “Kerosakan dalam hubungan rumah tangga, kaum kerabat dan organisasi masyarakat akan menghakis (ketaatan dalam agama).” (Riwayat Ahmad dan Tirmidhi: Hadis Hasan) Apabila wanita sudah bekerja dan berpendapatan sendiri, mereka tiada lagi punyai masalah untuk bercerai, hasilnya berdasarkan kajian, ‘trend’ perceraian bagi tempoh 1998-2002 menunjukkan hampir 70 peratus kes perceraian di Kelantan, Johor dan Terengganu dipohon oleh wanita (isteri).
Di beberapa negeri lain pula menyaksikan lebih 50 peratus wanita sebagai plaintif dalam kes perceraian.
Allah Maha Mengetahui wanita dan emosinya, ia satu perkara fitrah, justeru, kuasa cerai diberikan kepada suami.
Namun, isteri masih mempunyai kuasa untuk memohon melalui mahkamah apabila mereka benar-benar mempunyai kes dan sebab yang utuh di sisi syarak.
Fakta yang diberikan di atas menyokongnya, ia juga sekali gus menunjukkan kegagalan lelaki.
Artikel ini bukan bertujuan menyalahkan sesiapa, cuma mengajak kita berfikir sejenak kepada kelemahan lelaki dalam memainkan peranannya yang dianugerahkan oleh Allah, iaitu sebagai ketua keluarga.
Ia adalah satu tugas dan amanah yang datang dengan tanggungjawab dan peranan.
Tanggungjawab sebesar itu memerlukan ilmu dan kredibiliti secukupnya untuk bertindak selaku pemutus keputusan di dalam rumah tangga.
Keputusan dibuat pula mestilah rasional dan boleh diterima oleh ahli rumah, khususnya isteri, sama seperti sifat seorang hakim di dalam mahkamah, selain hakim, peguam bela dan pendakwa juga pakar di dalam bidang undang-undang, namun ia perlukan seorang pemutus keputusan.
Itulah sebaik-baik cara yang Allah SWT ajarkan untuk manusia, mereka perlukan pemimpin yang tidak mudah terpengaruh dengan emosi, tetapi lebih tumpu kepada rasional dalam membuat keputusan.
Berdasarkan ayat surah al-Nisa tadi, Allah melantik lelaki dan Allah Maha Mengetahui setiap kelemahan dan kelebihan makhluk yang diciptakan-Nya.
Hari ini, dengan segala kecukupan peralatan dan fizikal yang ada pada lelaki, semakin ramai menyalahgunakan kemudahan fizikal.
Kelebihan digunakan untuk menjadi penjenayah tegar, tenaga fizikal digunakan untuk ‘merempit’ dan menunjuk kekuatan dengan bergaduh dan tidak ketinggalan juga sebahagiannya diguna untuk mendera anak, isteri dan wanita lain.
Minda logik dan kurang emosi yang dianugerahkan Allah SWT digunakan untuk ‘menjustifikasikan’ segala kelalaian, menghiburkan diri apabila ditimpa kegagalan, padahal tiada usaha secukupnya dilaksanakan.
Akhirnya, semakin ramai lelaki gagal menggalas tugas ketua keluarga lantaran mendorongnya untuk terus mendesak isteri mengambil alih sebahagian tugasannya yang akhirnya menjadi punca kepada ‘rumahku nerakaku’.
Mungkin dengan sebab itu, kita kini memerlukan satu agensi khusus untuk melindungi lelaki sebagaimana peranan KPWKM yang melindungi wanita.
Kita sedar tabiat lelaki tidak suka dinasihati kecuali mereka yang datang meminta, tidak seperti wanita yang mudah menerima nasihat.
Justeru, adakah jika kementerian seperti ini diwujudkan, ia boleh mengubah situasi buruk yang melanda? Apapun, pemimpin negara dan semua pihak berkuasa memerlukan kaedah dan strategi lebih jelas dan berkesan bagaimana untuk kembali memperkasakan lelaki daripada aspek iman, ilmu, jiwa dan minda supaya mereka kembali menjalankan tanggungjawab dan bukan sibuk menjual ‘ubat kuat’ dan ‘tahan lasak’.
Tanpa pelan bertindak yang jelas dan jitu, krisis lebih buruk akan berlaku kepada lelaki, khususnya di negara kita.
Sudah tentu perkara pertama adalah mengembalikan mereka kepada fitrah mereka, membawa lelaki kepada agama kerana semua itu bakal mempengaruhi isteri dan anak mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita ...*~


15 pintu syaitan yang ada di dalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakkan Beristighfar
- Baca "lailaahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakkan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturrahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Kerana Sehelai Bulu Mata...*~

  Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar.saya x pernah malakukan perkara itu..."

 "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada.Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."



Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"
 disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu" 
 Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
 Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

 "Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

 "Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening,aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji,apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulumata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."


 Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
 "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
 PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............
 WALAU SEBESAR MANA PUN  KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBATLAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Rahsia yG kita PerLu thU...*~

Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu
rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang
manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah:
1)
Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan
usaha menyakitkan nafsunya.

2)
Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu
adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di
dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit
batinnya, dia akan ke Neraka.

3)
Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh
merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit
batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia.
Banyak perkara yang akan dirosakkannya.

4)
Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar
untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja
kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.

5)
Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi
gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan
penyakit sombong, pada masa yang sama dia
sedang memakai sifat itu.

6)
Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri
kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan
teorinya.

7)
Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling
bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan
harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor
pun dirosakkannya.

8)
Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai
manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh
menempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain
dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakannya terlalu
banyak.

9)
Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang.
Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu
orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri.
Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.
10)
Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya
daripada orang yang membunuh orang lain.

11
Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan
jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa.
Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan
keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin
sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi
nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi
tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap
orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil
ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah
jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak
yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan
kawan berbincang.

12)
Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati
kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada
tempatnya.

13)
Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan
keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,
dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa,
bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan
oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun
tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang
lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang
keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah
dan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki
dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung.
Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku sesuatu
keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan
ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita
itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan. Bolehlah
kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.
....

(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CinTa iMaN




`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS