BACHELOR OF ARABIC LANGUAGE AND LITERATURE (HONOURS)
~*Jika SyuRgA meNjaDi iDamaN,jLnNya sLuaS mManDanG..JikA keMamPuan yG
diDamBa,GeRbanGNya sEtiA mNanTi..UsaH gUsaR DuGaaN di HadaPan,aNdai Hati nEkaD mnGejaR ciNtA iLaHi*~
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari
rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana,"Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ... Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ?? Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaaaa?
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.. Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm.. aaahh? suruh si X, punchkanlah? Manusia - Azan sudah kedengaran... Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui! Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu . Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh? letihnya arini.. tak solat lagi nieee?. Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu... Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu...
*Nilailah diri kita kerana inilah yg terjadi dalam kehidupan seharian kita..Sama2 kita berusahalah dalam memperbaiki ke arah kebaikan kerana di situlah terletaknya nilai diri yang sebenar..
Salam lewat malam semua.....untuk entry kali ni,mY heaRt nak kongsi cket kata2 mutiara dari kebanyakan ahli2 falsafah dunia...sambil kata2 ini sedikit sebanyak memberi kekuatan pada hati kita untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini..
JOM...sama2 kite renungkan...mungkin kebanyakan kalian pernah jumpa ngn kata2 ni..tp,saya juz nk share dan ulang kembali...kerana kadang2 kita semua memerlukan peringatan tuk menyedarkan diri kita supaya menghargai kehidupan kita seadanya...
Layannnn....................zasssst...,
1. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
2. Banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi hakikatnya fikiran mereka masih terbelenggu dalam penjara diri.
3. Jadilah diri sendiri dalam hidup ini kerana kita akan menghadapi ujian hidup yang berbeza dengan orang lain. Tembok di hadapan kita tidak sama tinggi dan rendahnya dengan orang lain. Mereka di laluan mereka dan kita di laluan kita. Mungkin halangan di hadapan mudah bagi mereka tapi mungkin sukar bagi kita atau mungkin sukar buat mereka tapi mungkin mudah bagi kita.
4. Orang yang sabar untuk menunaikan ibadat dan sabar meninggalkan maksiat adalah orang yang mempunyai akhlak luar biasa dan mereka inilah yang akhirnya berjaya walaupun dihalang dan ditentang.
5. 'A PESSIMIST is one who makes diffculties of his opportunities and an OPTIMIST is one who makes opportunities of his difficulties'.
PEREMPUAN YANG DISAYANGI... adalah pencinta tuhannya.... yang mengalir cinta,takut dan harap... yg mengusai perjalanan penghidupannya... dari waktu ke waktu...dari hari ke hari... sehingga perjalanan diantara....jasad dan nyawanya berakhir..
PEREMPUAN YANG DIRINDUI... adalah perempuan yang dimata danwajahnya.. terpancar sinar nur ilahi... lidahnya basah dgn zikrullah... disudut hati kecilnya ...... sentiasa membesarkan allah....
PEREMPUAN YANG DICINTAI..... yang menutup auratnya... dari pandangan mata ajnabi... kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya.... disanjung tinggi...penduduk langit danbumi....
PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN.. adalah yang mendekatkan.... hatinya yang telah jauh... disaat orng lain dilamar kebendaan.....
PEREMPUAN YANG DIKASIHI... yang bersyukur dgn apa yg ada.. yg bersabar pada yg tiada... cinta pada hidup yg sederhana... yang tidak bermata benda....
*sama2 kita mencari keredhaan Allah Ta'ala...peaCe..=)*
Urrmmmm...mungkin entry kali ni pasal cinta lagi...kenapa bile bercakap pasal cinta,terus mata menjadi segar bugar(bak kata orang kelantan)...yang ngantuk terus celik,tiada lagi layu pada mata...yang hilang fokus,terus concentrate pada topik yang dibincangkan...inilah dikatakan fitrah manusia...cinta itu sendiri adalah anugerah yang sangat bernilai buat kita...yang mana Sang Pencipta mengurniakan perasaan kasih sayang dan cinta ini kepada makhlukNya yang disayangi...tetapi,perlu diingatkan bahawa cinta yang dimiliki Sang Pencinta,yakni Allah Taala terlalu luas dan kasih sayangNya terlalu banyak sehingga sesiapa yang mendapat walau secebis cinta dan kasih sayang dariNya,maka beruntunglah seseorang itu...
Bila dikatakan bercinta sesama manusia,ini juga fitrah kehidupan manusia...Tetapi,cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah yang lebih utama..begitu juga cinta kepada ibubapa dan juga ahli keluarga...bagaimana pula cinta sesama Muslim..adalah perlu wujudnya cinta antara sahabat2..tetapi yang menjadi musykilah bila hadirnya cinta antara rijal dan nisa'...ini memerlukan disiplin yang sangat kuat...Allah telah menggariskan peraturan-peraturan yang perlu dituruti berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah kerana yang menghalalkan perhubungan cinta ini hanyalah melalui ikatan sah akad pernikahan...
Bila bercakap mengenai perkahwinan atas nama akad, maka ikatan sah ini telah menjadi milik kita,maka bermulalah kisah cinta antara rijal dan nisa' tadi dan bermulalah pelayaran nakhoda bahtera yang mana diketuai oleh rijal yang mengemudi kapal itu demi mencari cinta hakiki,iaitu cinta Ilahi...maka dari situlah,hadirnya keredhaan Allah Taala yang menentukan samada cinta itu karam di lautan ataupun seperti tenangnya air laut yang membawa cinta itu hingga ke syurga...
Semua orang inginkan cinta yang berkekalan hingga ke syurga..tetapi,adakah kita cukup tegar memperjuangkan cinta itu berdasarkan cinta pada Allah...memang mudah diungkapkan dengan kata-kata..tetapi ,perlaksanaan itu yang menjadi masalah bagi kita untuk mengaplikasikannya...tetapi,,bilamana keyakinan dan kebergantungan kita hanya pada Allah,dan cintanya kita pada seseorang hanya kerana Allah,maka itu sudah cukup melegakan kita selagimana hubungan kita dengan Sang Pencinta tidak luntur...maka tugas kita hanyalah berdoa agar kita sentiasa dirahmati dan diredhaiNya...dan berdoa agar cinta yang sebenar2nya cinta akan menjadi milik kita selagi kita tidak meninggalkanNya....Insya Allah..
Salam ukhuwwah buat teman2 mY heaRt...=)...lama mY heaRt menyepi...kini aktif semula insya Allah...hee..tuk entri kli ni,saya cume nk share ngn mmber2 kat luar sana tentang 'apa itu bahagia?'...entri ni saya dapat dari seorang mmber saya...harap2 entri ni leY jadikan kite pedoman n renung2kanla eY...ok..hope u nJoy....=)
Apa itu bahagia??
Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu merupakan fitrah semula jadi setiap manusia. Tidak ada manusia yang tidak inginkannya. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.
Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?
Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti. Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah: “Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.
Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapanama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.
John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.
Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang.
Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.
Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.
Metafora air limau dan luka di tangan.
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.
Inilah erti bahagia.
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran.Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda: ” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi: ” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “ Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.
Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai hamba Allah SWT
1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.
Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.
2. Apa matlamat Anda bercinta?
* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan? * Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.
Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.
Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.
3. Mengapa Anda Bercinta?
* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri? * Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.
4. Apa Modal Untuk Bercinta?
* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.
Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.
5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar? * Cinta hingga ke akhirat?
Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..
6. Kos Cinta
* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia * Hati dan perasaan
Sikap Matang Dalam Mencari Cinta
Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.
Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta. Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?
Salam mahabbah buat kalian semua,rakan2 seperjuanganku..muslimin dam muslimat...
Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kerana masih lg mampu bernafas di atas muka bumi ini hanya dengan bantuan daripada Allah S.W.T..
Pada entry kali ni..saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang sirah nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W..Saya terfikir sejenak mengenai sifat2 mulia yg ditunjukkan Rasulullah S.A.W dalam mengharungi kehidupannya yang mana umat sekarang semakin melupainya...Sungguh mulia pekerti sifat Rasulullah S.A.W yg menjadi qudwah hasanah, pedoman hidup buat kita semua..
Allah sendiri menggesa kita untuk mencontohi kehidupan Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya bagi kamu,Rasulullah itu sebagai contoh ikutan yang terbaik,untuk sesiapa yang berhajatkan pertemuan dengan Allah dan hari akhirat, dan ingatilah Allah dengan banyak" (Al-Ahzab:21)
Allah sendiri berfirman,sesiapa yang berhajat kepada Allah dan ingin kehidupannya kembali kepada Allah dengan baik sepertimana datangnya kita ke dunia dengan suci,maka contoh terbaik untuk dicontohi adalah kehidupan Rasulullah S.A.W.
Dia seorang yang lemah lembut bukan sahaja kepada para Sahabat,malahan kepada orang yang mencaci dirinya.Dia seorang yang sabar dan memikirkan umatnya walaupun yang membencinya..
Dengan mengimbau sirah Rasulullah S.A.W dengan sifatnya yang sentiasa bersyukur sepatutnya menjadi ikutan setiap insan pada zaman sekarang yang semakin lupa akan Tuhan dan pedoman hidup di sebabkan nikmat dunia semata-mata..Ramai yang berputus asa dalam kehidupan mereka kerana tidak bersyukur di atas apa yg telah Allah kurniakan itu, pasti ada hikmahnya dan itulah yang terbaik bagi kehidupan kita...
Di sini kita dapat lihat bahawa Rasulullah yang sentiasa bersyukur dalam setiap kehidupannya.
Satu malam, Sayidatina Aisyah,isteri Rasulullah S.A.W melihat Rasulullah S.A.W solat malam sehingga bengkak-bengkak kakinya. Saiyidatin Aisyah bertanya, "Kenapa kau beribadah sebegitu rupa?Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu dan yang akan datang?"
Rasulullah menjawab dengan lembut, "Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"
Ada lagi satu kisah yang dapat kita jadikan iktibar dan pedoman yang menunjukkan sifat mulia Rasulullah S.A.W...
Pernah pula satu hari, Sahabat-sahabat melihat Rasulullah S.A.W solat duduk. Mereka bertanya, "Adakah engkau sakit Ya Rasulullah?"
Rasulullah menggeleng. "Tidak,tetapi aku lapar."
Masya-Allah....pemimpin yang tertinggi; yang dimuliakan semua orang, lapar sehingga terpaksa solat duduk. Dapur rumahnya memang jarang berasap. Dia tidak mengambil harta yang bukan hartanya. Dialah orang yang paling awal berlapar di kalangan umatnya; dialah orang yang paling akhir kenyang di kalangan umatnya. Rasulullah sentiasa bersederhana dalam semua hal, supaya semua orang tidak merasa berat untuk mencontohinya.
Ya Ikhwah wa Akhawati,
Itu baru secebis daripada kecantikan akhlaknya, perilakunya, hatinya, dan jiwanya. Rasulullah sentiasa memancarkan kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan ke dalam hati umatnya. Malah ketika hendak wafat, yang keluar daripada mulut baginda ialah, "Ummati...Ummati...Ummati..."
Ya, ketika baginda sedang sakarat, baginda masih memikirkan umatnya
Apabila baginda wafat, ramai orang berkata, "Ketika Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, hari itu merupakan hari yang paling terang-benderang. Apabila Rasulullah S.A.W wafat, ternyata, hari itu merupakan hari yang paling gelap."
Alangkah mulianya akhlak Rasulullah S.A.W..Jika kita membelek buku2 sirah tentang kehidupannya dan mendalaminya,serta mempraktikkannya dalam kehidupan kita pasti ketenangan dan kebahagiaan akan menjadi milik kita jika kehidupan Rasulullah menjadi inti pati kehidupan kita walau hanya secebis..
Marilah kita sama2 mencontohi kehidupan Rasulullah S.A.W yang amat cantik ini...
~Rasulullah S.A.W adalah qudwah (contoh) kita yang terbaik. Hendak bertemu dengan Allah? Bukankah kehidupan Rasulullah itu yang perlu kita contohi?...~