YA Salaammmun 'Alaikkk...
Aduhai,
setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU,
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya,
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya,
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu.
Kini
si wanita itu sudah hilang MALUnya,
Kerana hilang MALU itu
terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai,
Kerana hilangnya MALU itu
si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL,
Kerana kehilangan MALU itu
si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.
Aduhai,
setiap lelaki juga dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU,
Kerana MALU,
si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri
dan MENJAGA AURAT,
dan MENJAGA AURAT,
Kerana MALU,
si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan,
HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu,
si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya.
JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA.
Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"
Kini,
si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu
si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu
si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu
si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda Rasullullah saw,
"SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN."
Wahai si wanita dan si lelaki
Janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU
itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH S.A.W kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu
Maka percayalah bahawa MALU itu akan
menyelamatkan kita dari fahsyar wal mungkar!!!
-sumber daripada weluvislam.com (as_saif)
(",)",)/~
0 comments:
Post a Comment