Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~*...7 keajaiban dunia...*~





7 keajaiban dunia


Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia”.

Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini.

Walaupun ada beberapa bertentangan pendapat akhirnya sebahagian besar senarai diperolehi:



Tujuh Keajaiban Dunia

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon



Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar. Seorang gadis yang pendiam dan dia belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab;

“Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

Lalu,pensyarah yang pelik dengan jawapan si gadis itu berkata;

“Baiklah, beritahulah kepada kami apa yang anda miliki, dan mungkin kami dapat membantu untuk memilihnya.”

Gadis itu ragu sejenak dan kemudian membaca mula membaca senarainya.

“Saya fikir, Tujuh Keajaiban Dunia adalah..."


1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi


Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…


5) Dapat merasakan
6) Dapat tertawa
7) Dapat mencintai



Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

Pengajaran Cerita Ini:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya keajaiban. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagaibiasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Qudwah Hasanah...*~


Salam mahabbah buat kalian semua,rakan2 seperjuanganku..muslimin dam muslimat...
Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kerana masih lg mampu bernafas di atas muka bumi ini hanya dengan bantuan daripada Allah S.W.T..

Pada entry kali ni..saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang sirah nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W..Saya terfikir sejenak mengenai sifat2 mulia yg ditunjukkan Rasulullah S.A.W dalam mengharungi kehidupannya yang mana umat sekarang semakin melupainya...Sungguh mulia pekerti sifat Rasulullah S.A.W yg menjadi qudwah hasanah, pedoman hidup buat kita semua..

Allah sendiri menggesa kita untuk mencontohi kehidupan Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya bagi kamu,Rasulullah itu sebagai contoh ikutan yang terbaik,untuk sesiapa yang berhajatkan pertemuan dengan Allah dan hari akhirat, dan ingatilah Allah dengan banyak" (Al-Ahzab:21)

Allah sendiri berfirman,sesiapa yang berhajat kepada Allah dan ingin kehidupannya kembali kepada Allah dengan baik sepertimana datangnya kita ke dunia dengan suci,maka contoh terbaik untuk dicontohi adalah kehidupan Rasulullah S.A.W.

Dia seorang yang lemah lembut bukan sahaja kepada para Sahabat,malahan kepada orang yang mencaci dirinya.Dia seorang yang sabar dan memikirkan umatnya walaupun yang membencinya..

Dengan mengimbau sirah Rasulullah S.A.W dengan sifatnya yang sentiasa bersyukur sepatutnya menjadi ikutan setiap insan pada zaman sekarang yang semakin lupa akan Tuhan dan pedoman hidup di sebabkan nikmat dunia semata-mata..Ramai yang berputus asa dalam kehidupan mereka kerana tidak bersyukur di atas apa yg telah Allah kurniakan itu, pasti ada hikmahnya dan itulah yang terbaik bagi kehidupan kita...

Di sini kita dapat lihat bahawa Rasulullah yang sentiasa bersyukur dalam setiap kehidupannya. 
Satu malam, Sayidatina Aisyah,isteri Rasulullah S.A.W melihat Rasulullah S.A.W solat malam sehingga bengkak-bengkak kakinya. Saiyidatin Aisyah bertanya, "Kenapa kau beribadah sebegitu rupa?Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu dan yang akan datang?"
Rasulullah menjawab dengan lembut, "Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"

Ada lagi satu kisah yang dapat kita jadikan iktibar dan pedoman yang menunjukkan sifat mulia Rasulullah S.A.W...

Pernah pula satu hari, Sahabat-sahabat melihat Rasulullah S.A.W solat duduk. Mereka bertanya, "Adakah engkau sakit Ya Rasulullah?"
Rasulullah menggeleng. "Tidak,tetapi aku lapar."

Masya-Allah....pemimpin yang tertinggi; yang dimuliakan semua orang, lapar sehingga terpaksa solat duduk. Dapur rumahnya memang jarang berasap. Dia tidak mengambil harta yang bukan hartanya. Dialah orang yang paling awal berlapar di kalangan umatnya; dialah orang yang paling akhir kenyang di kalangan umatnya. Rasulullah sentiasa bersederhana dalam semua hal, supaya semua orang tidak merasa berat untuk mencontohinya.


Ya Ikhwah wa Akhawati,
Itu baru secebis daripada kecantikan akhlaknya, perilakunya, hatinya, dan jiwanya. Rasulullah sentiasa memancarkan kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan ke dalam hati umatnya. Malah ketika hendak wafat, yang keluar daripada mulut baginda ialah, "Ummati...Ummati...Ummati..."

Ya, ketika baginda sedang sakarat, baginda masih memikirkan umatnya

Apabila baginda wafat, ramai orang berkata, "Ketika Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, hari itu merupakan hari yang paling terang-benderang. Apabila Rasulullah S.A.W wafat, ternyata, hari itu merupakan hari yang paling gelap."

Alangkah mulianya akhlak Rasulullah S.A.W..Jika kita membelek buku2 sirah tentang kehidupannya dan mendalaminya,serta mempraktikkannya dalam kehidupan kita pasti ketenangan dan kebahagiaan akan menjadi milik kita jika kehidupan Rasulullah menjadi inti pati kehidupan kita walau hanya secebis..

Marilah kita sama2 mencontohi kehidupan Rasulullah S.A.W yang amat cantik ini...
~Rasulullah S.A.W adalah qudwah (contoh) kita yang terbaik. Hendak bertemu dengan Allah? Bukankah kehidupan Rasulullah itu yang perlu kita contohi?...~
Renung2kanlah.................(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...DiaLah seGaLa-gaLanYa...*~

SalaMuLLAH 'Alaikum warahmaTuLLaHi wabaRakatuh....
SaLam seLawaT ke ataS Nabi junjunGan MuhammaD S.A.W....
SaLam kerinDuan buat BonDa dan AyahanDa terciNta....
SaLam saYanG buat kakak2, abang2 dan adik yangku saYang...
SaLam maWaddaH wa RahmaH buat sahabat2ku yang senTiasa di hati di seTiap pelusuk aLam....
SaLam mahaBbaH buat kenalan2 baru....
(",)",)/~

SemOga ALLAH memberkati kita semua dan sentiasa berada di bawah payung rahmatNYA....(",)

SaLam ku tujukan nukilan ini buat kalian semua sebagai pengisian rohani...sama2 lah kite mengingatiNYA..
" Dengan mengingati Allah, hati akan tenang"



Manusia yanG bernama Hamba
seDikitpuN tak teRLepaS dari mehnah duNia...
maLah dari ujiaN dariNya..

BiLamana diRi dibeban seGununG doSa...
HamBa yG seRinGkaLi aLpa...
ApaTah laGi jauH dari RahMatNYA..
Namun..TuhaN RaBBuL 'IzzaTi....
SediKitpuN  tiDak peRnaH meLupakan hamBa2Nya

MasihKah kita berTemankan Dosa
MasiHkah kite beraJakan sYaitan
Di saaT Rahmat ALLAH tak Terlepas waLau seSaaT....
seMata2 untuk HamBaNYa yG dikaSihi

KasiNya pada kita...
DenGan kuRniaaN nikMat tak terhinGGa
Tuk menGhidu dan meRasai niKmaT dunia..
seBagai beKaLan di akHiraT yG hakiki...

Namun...
HamBa yG bernaMa manusia
maSih gaLak denGan dosa noDa
taNpa menyeDari dunia HanyaLah LaDang akhiraT
tuK di tuai di HadaPan KhaLiq yG benar2 berJanji...
tuK membeRi hasiL dan baLasaN pada seTiap hamba2Nya

Manusia....
TidaK sedeTikpun menGingatiNya
Namun seBaLiknYa Tuhan..
SenTiasa berSama2 kita
Dengan kaSih dan cintaNYa pada kita



SubhaanALLAH...
KemBaliLah kita ke jaLanNYa..
keRna
DiaLah peLindunG seGaLa2nYa..
DiaLah penYejuk haTi kita..
DiaLah peneNanG jiWa
DiaLah Tuhan yG berKuasa ke atas segaLa2nYa...

Rasulullah S.A.W bersabda yG bermaksud:
"Setiap anak Adam iTu meLakukan keSaLahan,namun seBaik-baik peLaku saLah iaLah yG serinG berTaubaT."


ALLAH SWT pula berfirman yG bermaksud:
"Dan JanGanLah kamu berputus asa daRipada rahmaT ALLAH SWT." (Yusuf: 87)


ALLAH SWT berfirman lagi yG bermaksud:
"SesunGguhNya ALLAH SWT amat menYukai orang yG seRing bertaubaT dan membersihkan diri." (Al-Baqarah: 222)

*~ Buat sahabat2 ku ...marilah kita sama2 memperbaiki diri sebagai persediaan tuk berhadapan Khaliq kita di akhirat kelak..bersama2 kita berubah kepada yG lebih baik..! (",)",)/~...BaarkALLAHu fina...AaMeeN...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Motivasi: Dua Mata...*~


Salam 'Alaikum....


Agak lama blog ini tak diisi ngan entry2 yg baru...dalam kesibukan sekarang dan dalam kerehatan saya selama ni...saya ada terbaca satu entry dari blog yg mana pemiliknya begitu saya hormati...walau saya xpernah kenal...semoga Allah memberkati beliau dalam menegakkan syiar Islam...

Sebelum ini, saya ada membeli sebuah buku milik Hilal Asyraf "Langit Ilahi"...yang juga pemilik blog tersebut...apabila saya baca entry2 beliau dan bukunya...ketenangan sebagai seorang hamba Allah terasa...dan kebahagiaan hidup di ladang akhirat ini juga membuahkan lagi semangat untuk terus hidup bilamana diri ini hampir tersungkur dek putus asa..

Bersama-sama saya ingin berkongsi satu motivasi dari beliau: "Dua Mata"

sumber: http://ms.langitilahi.com/motivasi-dua-mata/#more-2109



Allah mengurniakan semua manusia dengan dua mata. Mata adalah antara nikmat jasadiah yang terbesar, juga merupakan lubang dugaan yang paling hebat bagi insan. Dengan mata manusia mampu melihat, sekaligus menjana akalnya untuk berfikir pelbagai perkara. Namun dengan mata juga manusia mudah bermaksiat, dan akhirnya dari apa yang dilihat, akalnya berfikir pelbagai perkara yang merosakkan.

Di samping dua mata yang Allah SWT berikan kepada manusia, saya terfikir akan ‘dua mata’ lagi yang manusia hakikatnya perlu wujudkan dalam diri mereka.

Satu mata yang melihat masa belakang. Satu mata lagi melihat masa hadapan.


Mata melihat masa belakang: Muhasabah

Kelemahan manusia antaranya adalah membuat kesilapan yang sama berulang-ulang. Dengan mengulangi kesilapan yang sama, peningkatan manusia dalam hidupnya akan terganggu. Manusia yang baik, adalah manusia yang tidak mengulangi kesilapannya.
Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya bermaksud:
“Seorang mu’min itu tidak akan disengat kala pada lubang yang sama sebanyak dua kali”

 
Di sini perlunya kita, sebagai seorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan menjalani kehidupan dengan baik, hidup dalam ketaatan, sekaligus menggapai redha-Nya, perlu mempunyai Mata Melihat Masa Belakang.

Dengan mata ini, kita bermuhasabah dan merenung salah silap kita. Ramai manusia mengingati kelebihannya, kebaikannya, kegemilangannya. Namun amat sedikit yang mengingati kekurangannya, kejahatannya, kerendahannya.

Saya ada mendengar orang berkata: “Benda-benda tak baik usah diingat” atau “Waktu yang telah berlalu usah dilihat kembali”

Pada saya, pandangan ini silap. Benda-benda tak baik yang dilakukan orang, betul kita tak perlu ingat. Tetapi benda-benda tak baik yang kita lakukan, perlu sentiasa kita ingati dan jadikannya sebagai bahan muhasabah, agar ia tidak berulang lagi. Bukan sekadar tidak berulang pada diri kita, tetapi juga tidak berulang pada diri anak-anak dan manusia sekeliling kita.
Namun siapakah yang melihat masa belakangnya, dan mengoreksi kesilapannya?


Mata melihat masa hadapan: Merancang

Satu lagi kelemahan manusia adalah tidak mempunyai perancangan. Hidupnya tidak dirancang, pengurusan dirinya tidak dirancang, keluarganya tidak dirancang, pekerjaannya tidak dirancang, tarbiyah anak-anaknya tidak dirancang, studinya tidak dirancang dan begitulah dalam kebanyakan sisi kehidupannya.

Saya paling panas bila ada orang cakap begini:
“Ala, rancang-rancang pun, kalau tak dapat yang dirancang buat apa”
Pada saya, manusia yang berkata begini adalah manusia yang menghancurkan diri mereka dan menghancurkan pula orang lain.
Apakah perbezaan manusia yang merancang dengan yang tidak merancang? Manusia yang merancang akan bersedia. Persediaan adalah pakej perancangan. Jangan samakan merancang dengan harapan, atau sembang kemas, atau cakap omong kosong. Merancang bermakna punya plan, punya strategi.

Apabila kita telah bersedia, dan tidak mendapat apa yang kita rancang, sekurang-kurangnya persediaan kita tadi punya makna pada medan lain. Contoh mudah saya berikan adalah: Kita rancang hendak berkahwin dengan si fulanah binti fulan, maka kita mula mengumpul wang. Sampai pada masanya, si fulanah tidak mahu berkahwin dengan kita. Apa yang kita rancang tidak berjaya. Tetapi duit tadi masih ada. Dan duit itu boleh jadi bermakna di medan lain pula. Kegagalan satu perancangan, bukan penamat pada kehidupan.

Begitulah juga dalam menjadi hamba Allah SWT. Apakah perancangan kita? Di mana strategi kita hendak menggapai redha-Nya? Apakah jalan yang kita hendak ambil? Pernahkah anda merancang?
Allah SWT juga menggalakkan perancangan:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah setiap kalian memerhatikan apa yang telah dia sediakan untuk hari esok…” Surah Al-Hasyr ayat 18.

Ya, apakah yang telah kalian sediakan untuk hari esok?


Penutup: Kalau kamu tidak sedar, maka kamu adalah orang yang merugikan


Muhasabah dan perancangan adalah amat penting. Saya mulakan dengan muhasabah, kerana saya melihat tidak guna merancang sesuatu yang akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa yang lalu.

Bersama manusia ada masa. Masa ini tidak akan dapat dikembalikan. Maka bagi yang tidak bermuhasabah dan asyik mengulangi kesilapannya yang sama, maka dia telah kehilangan masa-masanya yang berharga. Bagi yang tidak merancang dan kehidupannya terabur, tunggang langgang, dia juga telah kehilangan masa-masanya yang berharga.
Inilah dia kerugian. Sebab itu Allah SWT berfirman:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian”
  Surah Al-‘Asr ayat 1-2.

Dan lebih merugikan, apabila kita tidak bermuhasabah, kita mengulangi kesilapan kkita yang sama, dan mewariskan pula kesilapan itu pada anak-anak kita, pada keturunan kita, pada sahabat-sahabat kita dan manusia di sekeliling kita. Lebih merugikan, kerana kita tidak merancang, keluarga kita rosak, studi kita terbengkalai, dan diri kita terhumban ke dalam kerosakan.

Inilah kerugian yang nyata.
“Katakanlah: Sesungguhnya orang yang rugi itu adalah mereka yang merugikan diri mereka dan keluarga mereka di akhirat”
   Surah Az-Zumar ayat 15.

Bukankah dunia ini ladang akhirat? Di sini kita menanam, di sana kita menuai?
Maka rugi di sini, maka di akhirat sana juga menanti hasilan kerugiannya.
Bagaimana?
Hendak mewujudkan dua mata ini dalam kehidupan?
Atau memilih untuk tidak melakukan apa-apa peningkatan?
Semuanya di tangan anda.
Tiada paksaan.
Namun telah jelas mana yang akan mencapaai kegemilangan, atau yang mana akan mengucup kehancuran.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS