Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~*...AKIBAT PERCAYA 100%...*~

http://rubbertapperz.blogspot.com/2009/12/akibat-percaya-100.html

بسم الله الرحمن الرحيم


Isu Rumahtangga : Akibat percaya seratus peratus suami

‘‘Siapa tak sedih, kita percayakan suami seratus peratus, tanpa mengambil iktibar nasihat kakak dan saudara mara, kerana pada saya kalau dah sayang kita mesti percayakan dia. Barulah rumahtangga boleh aman.

‘‘Tetapi anggapan saya itu salah, sebaliknya kalau macam mana kita sayangkan suami kita, tetapi jangan percaya seratus peratus, sebab kita wanita boleh menjaga hati dan perasaan kita supaya tak jatuh cinta lagi, tetapi kita tidak tahu apa yang tersembunyi dalam jiwa raga dan perasaan suami kita itu,’’ kata Zuraini dalam e-melnya kepada penulis.

Menurut Zuraini, dia berusia 36 tahun dan mempunyai sepasang cahaya mata yang berumur 8 dan 5 tahun.

``Perkahwinan kami dulu merupakan pilihan sendiri atas dasar cinta yang mendalam, begitu juga saya rasakan dalam hati suami saya Zam. Jadi saya memberikan dia sepenuh kepercayaan kepadanya sambil berpesan supaya dia tidak mengkhianati cinta kita kerana buruk padahnya.

‘‘Kerana sayang dan cinta jugalah saya memberikannya sepenuh kesetiaan. Dan saya tidak pernah menghalang dia berbuat apa sahaja yang menjadi hobi dan kegemarannya. Saya juga tidak kisah kalau dia nak balik rumah lewat malam kerana bekerja atau nak berjumpa kawan-kawan lelakinya.

``Dia pernah beritahu dia tak mahu hidupnya rasa terkongkong, jadi saya beri dia sepenuh kebebasan, namun dengan syarat dia tidak curang kepada saya dan keluarganya. Dia akur.

‘‘Kerana kepercayaan yang diberikan saya akui hidup kami memang sangat bahagia dan saya dapat rasakan antara kami langsung tiada masalah besar. Kami juga mempunyai talian yang erat antara saudara mara, ipar duai serta ibu bapa mertua.


‘‘Tetapi apabila hampir 10 tahun berumahtangga awal tahun ini rahsia dia menipu saya terbongkar. Ceritanya begini, satu hari saya meminjam laptopnya, kerana perlu menghabiskan kerja saya yang tergendala disebabkan urusan kerja yang banyak di pejabat.

Tergerak hati
‘‘Nak jadikan cerita sehabis saya menyiapkan kerja pejabat, tiba-tiba tergerak hati saya untuk melihat folder pinture dalam laptopnya. Ketika itu dia tidak ada di rumah. Terkejut saya bila mendapati dia menyimpan gambar-gambar perempuan kenalannya.


‘‘Berdebar jantung saya, kerana selama ini saya tidak pernah check laptop atau pun handphone dia kerana saya percayakan dia. Ketika itu hati saya jadi panas, lantas saya set gambar perempuan itu sebagai wallpaper dan biarkan laptop terbuka. Saya mengunci diri dalam bilik kerana terlalu sedih ditipu.


‘‘Dipendekkan cerita, bila dia balik kami bertengkar, dia mengaku baru berkenalan dengan perempuan itu 2 bulan lalu. Dia selalu call, mesej dan sms perempuan itu serta menyimpan gambar perempuan itu dalam beg duitnya.


‘‘Tetapi bila saya selidik mereka dah berkenalan lebih setahun. Saya kecewa lagi kerana ditipu, sedangkan saya telah beri amaran yang saya tak boleh terima jika dia ada perempuan lain dalam hidupnya.


‘‘Saya sedih kerana sebagai isteri dalam sehari sekalipun dia tak pernah call saya kecuali ada kecemasan, hantar sms, mesej ataupun chat dengan saya. Tetapi dengan perempuan itu, dia boleh layan macam-macam. Hinggakan dia pergi umrah (percuma-company bayar-bukan atas keinsafan diri) pun dia masih berhubungan dengan perempuan itu dari sana. Ini terbukti bila dia tersalah hantar mesej untuk perempuan itu kepada saya.


‘‘Setakat ini kami masih lagi bersama kerana saya memberi peluang kedua kerana dia berjanji tak akan buat lagi dan telah memutuskan hubungan dengan perempuan itu. Tetapi jauh di lubuk hati, saya amat terluka kerana saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan sempurna.


‘‘Saya amat kecewa dan saya selalu menangis. Cuma kali ini saya beri peluang kepada dia, tetapi selepas ini saya akan sentiasa memantau kerana sekali saya terkena, tak mustahil dia tidak akan menipu saya lagi.


‘‘Saya juga telah memberikan kata dua kepadanya, jika dia mengulangi perbuatan nya itu, saya akan menuntut cerai. Saya tak takut apa nak jadi jadilah. Walaupun selama ini saya percayakan dia seratus peratus, tetapi selepas peristiwa ini, saya rasa kepercayaan pada dia hanya sekitar 30 peratus sahaja. Saya cuma menunggu dan melihat apakah nasib saya selepas ini.


‘‘Saya sedih kerana sebelum ini keluarga kami tenang dan gembira sahaja selama ini. Rupa-rupanya dalam diam-diam ada unsur kecurangan di pihak suami saya.


‘‘Jadi di ruangan ini saya ingin menasihatkan kepada semua isteri-isteri, berhati-hatilah dengan suami anda, dan benar kata orang, ‘‘jangan percayakan suami seratus peratus, jika dia curang hidup kita hancur. Dulu memang saya tak percaya nasihat tersebut kerana suami saya ok, baik, tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, baru saya faham.


‘‘Dan satu lagi pesanan saya, sekiranya seseorang itu telah berbohong dan menipu anda, maka tak mustahil dia tidak akan terus menipu dan berbohong kepada anda, sehingga jiwa anda menderita, perniagan dan pekerjaan anda hancur. Kerana setiap kali seseorang itu berjaya menipu orang dia merasa satu kejayaan dalam hidupnya.’’


Iktibar


Demikian cerita Zuraini panjang lebar tentang pengalamannya ditipu kerana terlalu percayakan suami .

Seperti kata Zuraini, pengalaman hidupnya baik untuk dijadikan iktibar dan pedoman kepada kaum wanita, biasanya kerukunan rumahtangga itu akan runtuh dan hancur apabila salah seorang pasangan itu telah bertindak curang mendustai pasangannya demi kepentingan hidup dan dirinya sendiri sahaja.


Kalau tak percayakan suami dituduh tak setia, cemburu buta dan macam-macam tuduhan lagi, tapi kalau dah percaya sangat inilah akibatnya. Oleh kerana itu percayalah setakat mana anda boleh percaya, kerana lebih utama kasih dan sayangi diri anda sendiri.



sumber:

www.dcckmona. com
dcckmonaum@hotmail. com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Potret lalu...*~



 Kedengaran hujan berdesir-desir
menggetarkan gegendang telingaku
Nyaman udara yang sejuk
membawa aku pada imbauan kenangan lalu


Kenangan indah riang kecil
bersama potret lalu
sebagaimana fitrah hukum alam berkata 
"masa tak mengundurkan waktu"

Tersenyum aku sendirian 
melayani lamunan bayangan kisah-kisah lampauku
Begitu pantas waktu berlalu
meninggalkan detik itu
detik aku mulai kenal akan kehidupan
detik aku merangkak bertatih
melalui lorong-lorong
tuk aku sampai pada jasad kini

Namun..kini
Aku bagaikan hilang cahaya
tiada lagi kisah-kisah keriangan gelak ketawa
Yang ada
hanyalah tangisan gelisah hari-hari mendatang


Semakin hari aku merasakan
diri ini semakin hampir ke penghujung
Dan semakin hari
aku merasakan semakin jauh perjalananku
tuk aku kembali ke daerah 'dulu'

Singkatnya baki perjalanan hidupku
Masihkah ada ruang untuk aku
untuk aku merasakan nikmatMU di sini??

WALLAHUA'LAM
(",)",)/~





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Waktu itu...*~



Sisipan waktu penuh kecumbuan
menyesakkan lagi dada untuk aku melafazkan 
betapa aku memerlukan waktu itu

Sesalku tak mungkin bertukar menjadi kilauan permata
mungkin intan berlian bercahaya 
di ufuk timur atau barat
mungkin di selatan atau utara
Tak juga kelihatan

Hingga sampai saat nanti
mutiara itu mulai bersuara menghentikan sendu
bersama alunan-alunan kalam suci membisik di telinga
sambil senyum terukir pasti

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Salam buat kalian...*~


Salam....
buat sahabat-sahabat seperjuanganku

Budi kalian terlalu menggunung tinggi
Aku berserah hanya padaMu Ya Rabb
Membayar setiap jasa baik kalian

Aku tak punya apa-apa
kecuali balasan kasih sayangku buat kalian
Hati yang hanya berbekalkan sekalung penghargaan
dari kalam terima kasih buat kesekian kalinya

Sepuluh jari ku memohon kemaafan
di atas kejahilan insan ini
walaupun begitu..
kalian sentiasa menghadiahi 
walau secebis senyum kebahagiaan untukku

Syukran jazilan..
kata penghargaan buat sahabat-sahabat seperjuanganku
(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...SayangMu Tuhan...*~




Saat ku menagih seteguk dahaga kasih
Selaut minuman hati yang bersih Kau curahkan
Tika diri semput dalam sendu
Kau datangkan sinar ketenangan
Dengan janji pujukan mesra hatiku yang lara 

KasihMu setinggi-tinggi kasih yang tiada berpenghujung
Carik hati ini seluas padang ketandusan
Namun...
Rindu kasih dan sayangMu seluas lautan nikmat
penuh makrifat



Bilamana hati terluka, robek terkoyak
Mujarab penawar dari kuntuman mustajab doa
Hanya padaMu Ya Rabb

Di belantara aku melukut
Berbekalkan penghambaan peribadi
Dahi bersujud
Menongkah arus jerih kehidupan



Hanya sinar jalanMu mampu melenyapkan sirna sepiku..
(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~* ...Dariku...Darimu...*~




...Dariku untukmu...

Sahabat...
Yang dikejar tak mungkin ku capai
Semangat dan kekuatan jadi taruhan
Yang dapat hanyalah sia-sia
Ataupun tak punya apa-apa

Tidak harus dilayan perasaan ini
Makin galak bila di sapa
Galak yang mampu menjatuhkan imanku
Aku lemah..
Tak tertanggung lagi

Berikanku sedikit masa lagi
Sedikit ruang
Untuk aku hentikan air mata deras menyirami hati ini

Aku nanar
mencari sang ketenangan untukku berteduh
Aku nanar
mencari kebahagiaan untuk teruskan hidup
Sempatkah ia menjadi milikku??
Atau hanya angan tinggal angan


Berikanku sedikit waktu walau sepetang hening
Untuk aku merasakan nikmat anugerah rasamu
Jika itu sujudku padaMu terpelihara
Maka itu yang terbaik

Kau, dan kamu
Bagiku pemelihara, pelindung imanku


...Darimu untukku...

Kan tiba saat nanti
Mutiara jernih yang mengalir itu tersedu manis
Kerna ia kan berteman sudah

Tika itu..
Alir air matamu penuh makna..
penuh tanda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Mata hati nurani...*~




Mata hanya terpahat padanya
respon tetap membisu tanpa kata
inginnya bertentangan inginku
sampai bila?

Sudah di namakan manusia
cantik yang hanya di pandang
nilaian hanya terletak pada zahir
kenapa?
kenapa?

Sudah matikah akal sihatmu?
mata hatimu seakan 'mati'
iman anugerah kian terkubur
pasrah...
akur...
berserah...

Panahan suaramu menyambar 
lenaku terjaga
dari galakan sendu

simpulan kasih seorang insan
berhati wanita
tetap wanita

 Setiap tindakanmu
penghargaan bagi kaum hawa
bersyukurlah...

Dan beringatlah...
dalam nilaian itu tercalit keegoan
ego lelaki bisa di leraikan?
hanya dengan kelembutan nurani wanita
ego bisa gugur
ego lelaki tersungkur
benarkah?
Kelembutan itu senjata
meruntuhkan kekebalan benteng 'egomu'

Namun...
bisakah kamu adil?
kepada insan-insan yang di sebalik pandanganmu itu
sesungguhnya mereka lebih mengerti
rentetan hidupnya sebagai tadahan ilmu
yang mengetahui erti menghargai yang lain

Nilaian paling besar
melalui mata hati nurani
carilah...
hilangnya tak mungkin kembali
waktu itu tak bisa muncul di kemudian hari
tak bisa kembali menyucikan 'mata hatimu'

aku...kamu...dan selayaknya
pasrah bersama ketentuanNya

(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Aku bukan siapa-siapa...*~




Aku menyusuri jalan
melewati pandanganmu

Walau hanya bayanganmu kekuatanku
walau hanya sendu malamku 
peneman di sisiku
pengulit mimpiku 
kan ku tagih rindu
rindu dan kasih yang berpaksikan keikhlasan

Benarkah?
Dalam mengiakan
ada bantahan
berkasih rinduku hanya pada ilusimu

Kini..
Riak ukiran tenang wajahmu
hilang kabur di mataku
ke mana hilangnya ucapan dulu
janji yang dulu tega di pahat
kini berderai 
lebur lalu bertaburan di tiup angin

Hanya bayanganmu ku sandarkan rinduku
izinku berteduh di bawah keikhlasanmu
izinku menumpang kasih di hati tulusmu
walau itu hanya anganku

"Sakit bagai di tusuk sembilu
tidak menzahirkan luka pilu
malah perit rasa hati
bukan tafsiran bagimu
ku seru kasihmu bertandang di hatiku
ku tadah tanganku sebentang langit
untukku genggam erat hangat cintamu"

Namun...
Harus ku relakan ia berlalu pergi
mengiringi taqdirNya
bertapak pada yang lain
kerna bukan kamu untukku
kamu pada yang selayaknya

Aku bukan siapa-siapa

(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~* Riak *~




source : http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=21&t=6204
Menurut Syeikh Muhammad al-Barkuiy, dalam kitabnya Tariqah Al-Muhammadiyah, riak ialah amalan berupa ketaatan kepada Allah dengan mengingini kepentingan-kepentingan selain daripada Allah. Manakala sebesar-besar riak ialah ibadah seorang hamba kepada Allah tanpa memerlukan keredaan Allah subhanahu wa taala.

Secara umum riak boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:  


1. Riak yang melibatkan tubuh badan. Mereka yang terlibat dengan kegiatan agama, misalnya, memperlihatkan keadaan tubuh badan yang kurus, mengurangkan makan sebagai tanda kuat ibadah atau berjaga malam, manakala bagi ahli dunia pula melahirkan kegagahan badan dan kehalusan kulit, sasa dan kebersihan tubuh. 

2. Dari segi pakaian pula, orang yang melibatkan diri dengan kegiatan agama memakai pakaian yang murah, kasar, dengan warna-warna tertentu, seperti hitam, hijau dan sebagainya untuk melahirkan sikap ketaatan mengikuti sunah Rasulullah dan memperagakan diri seumpama bersifat warak dan zuhud. Bagi ahli dunia pula mereka menghias pakaian dengan benda yang mahal-mahal, menghiasi rumah, halaman dan kenderaan dengan berlebih-lebihan. 

3. Dari segi pakaian pula, orang yang melibatkan diri dengan kegiatan agama memberi nasihat dan pengajaran serta melahirkan kebijaksanaan ilmu atau pengetahuan dan kebaikan amalan, menggerakkan bibir dengan berzikir, membaca al-Quran dengan keadaan dukacita dan takut di hadapan manusia, menghafal al-Quran supaya dikatakan sebagai ``al-hafiz'' dan sebagainya. Bagi ahli dunia pula mereka berkata-kata dengan kata-kata berfalsafah, prosa berirama dan melahirkan kepetahan juga kelancaran. 

4. Dari segi amalan pula, orang yang terlibat dengan agama memanjangkan sembahyang, rukuk dan sujud supaya dilihat sembahyangnya elok, berkawan dengan orang-orang alim dan soleh agar dia disebut sebagai termasuk dalam golongan orang yang seperti ini manakala bagi ahli dunia pula mereka berjalan memperagakan cara berjalan dengan lagak seperti orang atasan. 

5. Ahli agama pula cuba menonjolkan golongan atau keluarganya terdiri daripada mereka yang mendapat petunjuk Allah dan banyak penyokong atau pengikut manakala ahli dunia pula melakukan sesuatu supaya dikatakan dia mempunyai kemasyhuran, banyak khidmat dan jasa kepada negara, banyak harta, mempunyai banyak pekerja dan sebagainya. 

Tawuus menceritakan tentang seorang lelaki yang datang menemui Nabi lalu bertanya: ``Ya Rasulullah, bagaimana keadaan seorang lelaki yang bersedekah sedangkan dia ingin agar dipuji dan diberi balasan.'' 

Baginda tidak memberi apa-apa jawapan, sehinggalah turunnya ayat (al-Kahf: 111): 
"Maka barang siapa mengharapkan menemui Tuhannya hendaklah dia beramal dengan amalan soleh dan tidak menyekutukan ibadahnya kepada Tuhan dengan sesuatu pun."

Ayat ini bermaksud, bahawa sesiapa yang mahukan pahala hasil daripada ketaatannya, maka dia hendaklah melakukan ibadahnya semata-mata kerana Allah. Janganlah dia campurkan tujuan ibadahnya kepada Allah dengan yang lain, sama ada dengan cara berterangan ataupun bersembunyi seperti yang dilakukan oleh orang yang melakukan ibadah atas dasar riak.

Dalam surah asy-Syuara': 213 Allah berfirman:
"Maka janganlah kamu menyeru berserta Allah, Tuhan yang lain, yang menyebabkan kamu menjadi orang yang diazab." 


Menurut Abn Al-Qayyim, syirik al-asghar, ataupun syirik kecil itu antara lain ialah berpunca daripada perbuatan seseorang yang melakukan sesuatu ibadah bukan kerana Allah, tetapi kerana makhluk.  

Amalan seperti ini diistilahkan sebagai syirku `l-asqhar (syirik kecil) atau syirku `l-khafiy (syirik tersembunyi) akibat daripada pelakunya melahirkan amalannya seolah-olah kerana Allah, sedangkan kasad atau niat sebenarnya apa yang dilakukan adalah kerana selain daripada Allah, iaitu kerana manusia. Lebih jelas dinyatakan bahawa orang yang seumpama ini telah menyekutukan tujuan ibadah yang dilakukan dengan memperhiaskan ibadahnya untuk tujuan yang lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*Cara Rasulullah mengunyah & minum...*~



Cara Rasulullah mengunyah :-
  • Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
  • Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum:-
  • Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
  • Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. 
  • Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama diatas.
  • Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~* Cara makan, Kenapa kita gunakan tangan?..*~




Cara makan, Kenapa kita gunakan tangan? 
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yang last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.


  Mengapa?....... 
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? 
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?...
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~* MenGapa di Mekkah al-MukaRraMah..?*~



Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah....? dan mengapa ia empat persegi(cuba)...?
Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi..



Mengapa ia empat persegi....?
Ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,equality and unity,.. 
tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut..


*(",)*..Juz sebagai info buat kiterr....(",)",)/~


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nukilan: ~* Sujud di hamparan suci *~




Kuntum bunga mekar mewangi
Halawah nya terus mengalir
Bagai sungai Nil
Kucupan mesraNya terasa hangat
BelaianMu dambaan setiap hamba
Rahman RahimMu tidak terduga



Sujudku...
Dahi menjengah sejadah usang
Jiwa perosak kembali tenang
Pertemuan insaf dan taubat
AmpunanNya sebentang langit yang luas
Bagai hamparan penerimaan dari Yang Satu
Bagai tadahan airmata sekalian alam

Sujudku...
Melewati sepertiga malam
Sendu tangis bertemankan airmata
Merayu usapan manja Ilahi
Dahagakan peluk eratMu
Asbab kegelinciran khilafku
Antara Engkau dan aku
Benteng kebal tiada ku tembusi



Sujudku...
Bergelap tanpa cahayaMu
Bingung sesat menjejaki sumbu kasihMu
Ku akui..ku yakin keikhlasanMu 
Walau noda lalu melampaui kehendakMu
RahmatMu Ya Rabb
Terus melimpah
Membuka jalan pada yang benar-benar mahu



Sujudku..
Di hamparanMu
Tetap mengiringiku ke jalan cahayaMu
Kasih hakiki berterusan tanpa persinggahan
Hanya padaMu Ya Rabbul 'Izzati
Kasihku padaMu tercipta






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~* MenGaPa seBaT...?? *~


Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina? 



Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. 

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...$unGGuh...*~



Sungguh....
Aku terpaut pada dahan rakusmu...
Silap aku....
Silap percaturan dalam usaha meleraikan janji-janjimu...
Khilaf lalu menggertak emosiku...
Kemaafanmu kaku kelu tanpa bicara lembut darimu...
Walau hud-hudku mengutus risalah maafku...
Namun...
Bisumu tetap membatu...
Buntuku semakin sarat di benakku...
Bagai kehidupan yang terputus hala tuju...


Sungguh...
Ikatan perkenalan lalu...
Tak mungkin hilang hingga tibanya saat kapanku... 
Namun...
Bisumu mencetus rasa hangat kasihNya...
Lantas merasai kehangatan pelukan kasihNya...
Kasihmu hanya mainan bagiku...
Melainkan kasihNya...
Bagaikan pohon yang sentiasa berbunga dan berbuah lebat...




Sungguh...
Mengharapkan yang lain selain dariNya...
Pasti...pasti
Ketenangan dan kebahagiaan jelik tuk berpaksi di daerah itu...
Berpaksikanlah hidup hanya pada dahan yg sentiasa dicantas...
Hanya pada Yang benar-benar bagiku...
Iaitu...Tuhan Yang Satu..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*Andai itu ketentuanMU...*~




Untaian tasbih...
bertahmid di benak...
syukur ku panjatkan...
Andai bisikan itu bersuara...
kaget aku di belantara...
bersujud tanpa di pinta...


Andai potret itu bisa pulang...
akan ku genggam ia...
akan ku pahatkan di hati kelam...



Andai hanya bingkai kenangan...
bersulam tanpa bintang...
akan ku jejaki bulan...
menanti siang mentari...

Andai hanya cebisan buatku...
tak tercatit walau untukku..
campaklah secalit kenangan itu...
jauh...hilang...tanpa esakan sendu... 

Andai teriakan lain memanggilku...
ku pekakkan...diam membisu...
asbab kenangan satu...
terkota indah lalu...

Anganku bersama desiran bayu...
tiada bertapak tiada henti...
terkapai menunggu tangguk berisi...
mengisi hilangnya potret lalu...


Andai begitu...
akan ku bingkaikan ia...
dengan imanmu yg suci...
meniti bersama titi-titi penuh sesak...

Setelah sekian bertahajjud...bersandarkan iman yang kukuh...









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS