Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~*..aksi 18sx...-janGan Tiru!!...*~

Salam..pagi ni saje nak bagi santai2 cket khas buat anda sume...
iNilah antara aksi kucing my Heart, namanya "MOMO"...MOMO tu dinamakan sebab dia gemuk..hee..=)

iNilah aksi MOMO..malu2!!!...
ishh...gaya MOMO setiap kali tidur

kenyang sudaaa minum susu..hee

aduss...MOMO..MOMO...menampakkan perutnya yg tgh bunting..

di ulit mimpi.zzzzz....

apa daa MOMO ni tdo...xmalu toL...hehee...

dan sekarang menunggu masa tuk 'beranak' buat kali ke2..anak dulu,YUYUK n MEMEY mati sudaaaa...
Agak2 berapa ekor anak lam kandungan MOMO tu ey??teka2...

tadaaa...(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Hati² melawat org meninggal...*~

hati² melawat org meninggal

Semoga ianya menjadi iktibar bagi kita semua, terutama yg ada bayi kecil...
please take note of this for our on good.... 

orang tua-tua selalu cakap.... bila balik dari melawat orang meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah. 

Di sini ada cerita yang mY HearT terbaca tragedi yang menimpa seorang bayi perempuan yg terkena badi mayat....sama2 kita ambil pengajaran.................

"Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. 

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu didatangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu). 

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memandang wajah seorang demi seorang. Beliau berkata yang di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak  mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada.Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah ... katanya).

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua, dan bukannya seorang tetapi tujuh orang. Benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya), jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal. 

Sampai satu tahap saya berdoa agar ada makhluk Allah yang meninggal pada hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dengan izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulillah. 

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang kecil itu dimandikan menghadap kiblat berserta sepotong doa yang diberikan.Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan, separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.

Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin daripada neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. 

Saya menceritakan kepadanya dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Apabila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu saya yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. 

Pintu dan tingkap diminta  dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya sangat rindukan selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan spontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. 

Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan  sesuatu). Penutup pengukus pulut itu dipenuhi dengan cacing2 dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke dalam longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu  kepada saya, suami dan keluarga yang ada. "Ada seorang daripada ahli keluarga saya yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan,kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya." Cik Man cakap itu adalah badi mayat. 

Kebetulan memang bapa saudara saya  sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kepada bayi saya. 

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya untuk membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya sebagai penghargaan kerana saya gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang sekali lagi untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. 

Saya pun mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah dipenuhi dengan lumut. Saya bertanya kepada tuan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang ke rumah Cik Man. Mamak tu berkata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. 

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man, saya sedekahkan kepada surau yang berhampiran. Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal."

*Apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Petua untuk murah rezeki-mesTi BACA!!...*~

!
!
!


Abu Yazid Al Busthami, pelopor  sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan  Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan  pemalas yang enggan mencari
rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia  yang miskin namun wajahnya tak pernah  keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah  muka masam yang   membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji  akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya  senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.  Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri  selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat  diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Alert!!!..10 tabiat rosakkan otak ...*~

10 tabiat rosakkan otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi 

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif. 

2. Terlebih makan 

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak. 

3. Perokok 

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas
atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit
'Alzheimer'. 

4. Penggunaan gula yang berlebihan 

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu
penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara 

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan
manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan
bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur 

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa
tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak
kita mati. 

7. Menutup muka ketika tidur 

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak
menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. 

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam
keadaan kurang sihat 

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan
keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada
sel-sel otak. 

9. Kurang berimiginasi 

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak
kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifa n otak menurun. 

10. Jarang berfikir 

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang
aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh
menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

*so...,jagalah otak kita ey...jalanilah kehidupan yang sihat..(",)")/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...NaK taHu taK???...Fakta2 menarik dunia Part 6...*~

PaGi semuaa...(",)",)

Tanpa cakap banyak,terus zaaasssst fakta2 menarik dunia Part 6....

!
!
!
!
!
!

1)
Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

2)
Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

3)
Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

4)
Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.

5)
Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

6)
Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk “menghiburkannya”. Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.

7)
Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.

8)
Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.

9)
Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional.

10)
Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.

daaaaa.....(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...joM sanTai2 denGan ceRiTa LawaK...*~

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"ok, cuba buat macam ini. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

heeeee...(",)",)?~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...heNtiKan PendeRaaN kaNak2...*~



unicef

"Penderaan Kanak-kanak"..Itulah isu penting masa kini yang kian teruk melanda sekarang...Apakah punca penderaan kanak-kanak ini?adakah disebabkan rapuhnya institusi rumahtangga masa kini?ataupun adakah disebabkan kurangnya kesabaran dan nilai2 murni seseorang kerana ampuhnya jati diri dalam mendidik diri sebelum mendidik keluarga?itulah persoalan yang perlu diambil kira dalam menyelesaikan permasalahan ini...


Semestinya gerun bila dikhabarkan oleh media2 tentang penderaan kanak2 ini terutamanya ibubapa yang ingin melihat dan menginginkan keluarga aman dan harmoni seterusnya menyelamatkan daripada jenayah ini..tetapi,segelintir pihak tidak begitu menitikberatkan permasalah ini kerana baginya tanggungjawab sebagai ibubapa hanya menyediakan keperluan makan,minum,pakaian dan tempat tinggal sahaja...bukan dengan cara kasih sayang yang ditonjolkan dalam memenuhi keperluan rohani dan juga jasmani sesorang itu...


Anak-anak adalah anugerah ALLAH yang mana telah diamanahkan oleh ALLAH untuk menjaga mereka..maka,adalah wajib bagi ibubapa dalam menjaga kehidupan anak2 dalam semua aspek kehidupan...dan anak-anak adalah tanggungjawab kita untuk melindunginya...


Terlalu banyak kes-kes penderaan yang kita dengar sekarang ini yang mana ibubapa sanggup mementingkan keperluan diri sendiri seperti mempertahankan cinta terhadap kekasihnya daripada mementingkan kehidupan anak-anak..sehingga anak-anak menjadi mangsa keadaan disebabkan masalah yang dihadapi oleh percintaan itu...maka,timbullah penderaan teruk seseorang kekasih ibunya sehingga membunuh anak yang ternyata tidak bersalah...kenapakah ini berlaku???di manakah sensisitiviti kemanusiaan yang patut ada dalam diri seseorang??..semua itu perlu difikirkan dan diselesaikan dengan segera....

Kanak-kanak dipaksa bekerja mencari wang keperluan...adakah penganiayaan ini dibiarkan begitu sahaja?sedangkan mereka itu perlu di jaga,di belai.di didik dengan penuh kasih sayang dan perhatian..tetapi,dipaksa melakukan kerja2 berat semata2 untuk menanggung kewangan keluarga....di manakah nilai tanggungjawab ibubapa dalam melindungi dan menjaga mereka??

Adalah terlalu banyak kes-kes penderaan kanak-kanak ini...dan ini perlu dibendung..tetapi,dengan cara bagaimanakah permasalah ini dapat diselesaikan??semua itu datang dari hati masing2...hati seseorang perlu dibaiki dalam memastikan kehidupan diri selamat dan terhindar daripada melakukan kejahatan...

Sama-sama kita menyahut kempen "hentikan penderann kanak-kanak" dalam memastikan keharmonian masyarakat justeru melahirkan masyarakat penyayang...

"HENTIKAN PENDERAAN KANAK-KANAK"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...1st AwarD BoomBastiC bLoG dari Ustaz...*~


Terima kasih xterhingga buat Ustaz yg invite mY heaRt tuk join award ni...=)..
so, tuk memenuhi kelayakan tuk contest ni,saya ditugaskan tuk memenuhi syarat2 tersebut...
ternyata senang sajer...cuma nak kasi MELETOP tu susah cket..hehe =)..
ok...jom ramai2 sertai contest ni dan bersama2 memeriahkan lagi blog kita semua...

Antara syarat2nya...
!
* follow blog Ustaz ni dulu 
*copy gmbr di atas n link kan gmbr trsebut pada (http://www.mencariisteri.blogspot.com)
then,buat entry BAGUS punyer kasi MELETOP (n letak kat sidebar jg)
* bila siap punyer, komen kt entry ni n tinggalkan link post entry anda
*JGN LUPA tag kan 3 org mmber...

Di sini my HearT tag kan blog


contest ni bermula dari 13OKT tilL 31DIS 2010...
Pemenang blog "BOOMBASTIC" yg btoL2 MELETOP punyer akan ditentukan oleh juri2 profesional tue...jom ramai2 kta meriahkan contest nie..

"PASTI MELETOP LAH!!!!..."

daaaaa.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS