Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~*...seLamaT TahuN baru 2o11...*~

‎..."SelaMaT taHun BaRu 2011"...

tahun baru..azam baru...hidup baru...cara baru...peribadi baru...pendek kata sume kena perbaharui la...=)...
Ni status baru kt fb pasal tahun baru 2o11 sebenarnya..hee..=)

"sayonara 2o1o"
terlalu banyak memori indah dan duka sepanjang tahun 2010 yg bakal meninggalkan kita hanya tinggal lagi 30minit..memang xdinafikan tahun 2010 terkandung terlalu banyak memori indah yg berlaku dalam hidup my heart...blh dikatakan yg paling banyak la setakat ni..

hopefully,2o11 yang akan menjelma dalam setengah jam shj lagi akan memberi sejuta lagi keindahan hidup yg beerti di masa akan datang i,Allah...=)..yang penting keinginan untuk berubah menjadi lebih baik sentiasa ada dalam diri kita xkira waktu,masa, dan tempat..

semoga kita semua beroleh keberkatan yg lebih baik dari Allah Ta'ala bersempena dengan thun baru ini..

"SELAMAT DATANG 2o11 & SELAMAT TINGGAL 2o1o"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita ...*~


15 pintu syaitan yang ada di dalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakkan Beristighfar
- Baca "lailaahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakkan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturrahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...cerita biskut...*~

Biskut


Ada satu cerita ... Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.
Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah nyumpah lelaki itu. 
"Alangkah tak malunya lelaki ni.....sudah la tak mintak izin dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!" rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.
Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya
"Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.." Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...
Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.



MORAL CERITA
Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu
bas/keretapi/kapalterbang...makan benda lain.

Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut
berbanding perempuan

Moral 3: Lain kali simpan biskut yang kita
beli.....makan biskut orang dulu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...RELAKU REMPIT...*~

RELAKU REMPIT................

Oleh: Mat Jan
(Nyanyi mengikut alunan lagu Spider, relaku pujuk)

Ku dikejar polis-polis trafik
Bila motorku hampir kat selekoh
Enggan dilokap enggan disuruh
Ketuk ketampi sampai subuh

Aku bukan mat rempit yang tewas
Bisa ditangkap walau ku terbabas
Biar dikepong kanan dan kiri
Ku kan tetap dapat lari

Tiada polis yang dapat potong
Hebatnya kapcaiku
Gila punya laju

Biar kereta polis menghimpit
Ku dapat menyelit
Relaku rempit

Janganlah kau salahkan aku
Terus merempit menggadai nyawaku
Aku berlumba ni hobi saja
Macam kumpul setemmm jugaaa

Usahlah polis hampir
Di hadapanku lori hadir
Melanggar hingga aku jatuh
Dari motorku... Ohh... Ohh...

Apakah kali ini
Bisa ku bangkit dan berlari
Setelah kaki patah lapan
Mati akuuu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...CARA MENGELAK DARI MALU...*~


CARA MENGELAK DARI MALU... 

 1. kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn
bila takde orang nampak..


2. kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda
semula dan jatuh la lagi sehingga berkali-kali supaya
orang ingat anda saje2 buat lawak...


3. kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk
halus...


4. kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang
ada sambil marah2 dengan suara yang kuat, pasti orang
menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap
kebersihan....


5. kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah
kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada orang di
blakang anda....


6. kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat2 pengsan
sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring
terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop
tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....


7. kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk
jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang
dapat malu...ye tak?...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Kalau Sudah Sampai Ipoh ...*~

Kalau Sudah Sampai Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya... "Sudah sampai Ipoh belum?". Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidur aje la.. belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. Pakcik kejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukah kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..
Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Kerana Sehelai Bulu Mata...*~

  Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar.saya x pernah malakukan perkara itu..."

 "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada.Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."



Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"
 disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu" 
 Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
 Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

 "Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

 "Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening,aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji,apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulumata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."


 Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
 "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
 PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............
 WALAU SEBESAR MANA PUN  KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBATLAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Kisah Empat Isteri...*~

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui mas! a-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupanindahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kil! at yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*..jodoh saya masih ada...*~


BALING: “Saya tak sangka dalam usia emas ini jodoh masih ada. Inilah ketentuan Allah,” kata Md Yusof Jamaluddin, 72, yang bertemu jodoh dengan Khotijah Ahmad, 59, selepas lima tahun menduda.
Md Yusof dari Kampung Haji Abas, Mukim Bongor, di sini berkata, selepas isterinya Che Don Zakaria meninggal dunia akibat barah usus pada 2005, dia tinggal bersama anaknya, Norita, 24.
Hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, dia dikurniakan lima anak dan sembilan cucu.

Katanya, dia tidak pernah terfikir berkahwin lagi, tetapi ketentuan Allah tidak mampu menghalangnya apabila bertemu jodoh dengan Khotijah dari Kampung Nering, di sini, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.


“Gurauan rakan-rakan kerana saya menduda lama menyebabkan saya terbuka hati berkahwin lain walaupun sudah dimamah usia tetapi gembira kerana anak-anak serta cucu tidak menghalang.

“Semua anak tidak menghalang, malah mereka semua bersetuju saya berkahwin lain dan menerima ibu baru,” katanya ketika ditemui pada majlis pernikahannya di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, kelmarin.

Majlis itu meriah apabila pasangan pengantin warga emas itu turut diiringi lebih 100 motosikal selain dihadiri lebih 600 tetamu termasuk keluarga mempelai.

Anak sulungnya, Norhayati, 40, berkata, sebelum ini, bapanya tidak pernah berhasrat berkahwin lain walaupun sudah menduda sejak lima tahun lalu.

“Bagaimanapun sebulan lalu dia ada menceritakan keinginan berkahwin lain kerana sunyi dan memikirkan masa depan jika dia sakit.

“Saya berbincang dengan adik-beradik lain apa diluahkan bapa tempoh hari menyebabkan kami semua bersetuju dan tidak menghalang keinginannya,” katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga menganggap perkahwinan itu jodoh yang sudah ditentukan Allah dan menerima ibu baru serta anak-anaknya yang lain sebagai satu keluarga dan berdoa semoga kekal sepanjang hayat.

“Kami bukan setakat menerima ibu baru tetapi juga adik-beradik baru menjadikan kami sebagai satu keluarga besar,” katanya.

Sementara itu, Khotijah berkata, dia menganggap perkahwinan itu sebagai ibadat dan berjanji menjadi isteri yang baik kepada suaminya.

“Saya akan menyayangi mereka sebagai satu keluarga besar,” katanya.

Dia yang menjanda selama dua tahun selepas arwah suaminya, Shaari Abd Wahab, meninggal dunia kerana sakit tua.

Katanya, sejak kematian suami, dia yang bertungkus-lumus mencari rezeki dengan mengambil upah menoreh untuk menyara keluarga.





*camtulah bile dah dikatakan jodoh...jodoh xmengenal umur...=)..smoga berbahagia yer..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...cuti2 tak berapa cuti...*~

Salam pembuka bicara....



moga sihat2 sume yer teman2 my heart sekalian...
sempena cuti sekolah ni,mesti banyak aktiviti2 kalian adakan tuk mengisi masa bersama yg tersayang kan..
bestnyerla kan...ni tuk yg merasa cuti sekolah je la kan..

bagi teman2 yg menuntut di IPTA/IPTS yg da bermula semester baru tu,sabar ey..biasalah stdy ni kena cuti sket2 jer...hehe..blajar rjin2 bia result gempak ey...

bagi my heart pulak yg baru menamatkan pengajian kt UIA ni ,pada bulan 11 lepas lagi sebenarnye...tp,xmerasa bercuti kt kampung pon lagi..
ni yg teruja nk bgtahu ni...esok nk blik kampung sudaaa....yeay!!..tp,mlm ni baru nk cari tket...huhu..ada lagi ke ey??kot2 la abes sempena krismas ni...ntah2 xde tket blik ti abesslaaa...
hopefully ade lagi kan...hehe
xramai kot yg nak ke kelantan cuti2 krismas ni..
yg nak ke KL mungkinm ramai kot..yeke??..hehe(ayat sdpkan hati tue...)

ok daaa....
mau makan daaaa....
zasssttt....(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...NaK tahu taK??..Fakta2 menarik dunia Part 11...*~

!
!
!
!
!

1)
Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

2)
Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.

3)
Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.

4)
Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

5)
Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.

6)
Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

7)
Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.

8)
Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.

9)
Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.

10)
Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Pesanan tuk u aLL...*~

Salam.........

Malam ni my heart rasa free cket...sebab 'anak2' tido sudaaa....(",)",)/~...so, t'pikir2 ape nak tulis tuk entry kali ni...pkir punyer pikir...baru teringat ade sorang ni beria2 nak masukkan pesanan 'Hi' nye kt blog ni...

dengan besar hatinya my heart nak sampaikan laa pesanan dari budak sorang ni...
yg penting cute la orangnyer...hehehee..

xnak cakap banyakla...korang tgok la sndiri ey..cian die..beria2 nak masuk blog my heart ni...bangga plk ase...heheheh..

!
!
!
!
!


Amacam?? mantain comel n kiut je baby ni kan...
my future baby kot...insyaALLAH..hehe...
sape xnak baby comel camni kan...
pepun,baby ni da puas hati daa coz die da dpt say Hi kt korang sume...hehe..
korang pon rajin2 la datang blog my heart ni..(amek kesempatan cket)...ki2..

daaaaaa.....ZzzZzz..layannn tito lak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...NaK tahu taK??..Fakta2 menarik dunia Part 10...*~

!
!
!
!
!

1)
Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.

2)
Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.

3)
Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

4)
Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

5)
Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

6)
Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf ‘E’.

7)
Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

8)
Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

9)
Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

10)
Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...10 rumah paling UNIK di dunia...*~


salam...
sambil2 jalan2 tadi...tup2 jumpe rumah2 yg trnyata unik....
nk tgok???
jom3...


Pumpkin house


Half Circle House

Kettle House

Pink Castle

Sphere House

Round House

Hobbit House

Grass Ceiling House

Ball House
Shoe House

ader menarik??hee...
ade yg berminat nk wat umah cmni jg??(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...peLik..tp,nyata...*~
















nJoy iT...=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS