Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~*..cerita nakal ke??...*~


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yang cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pergi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan-rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 kami dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pergi memancing kat lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pergi sungai tu, tak sempat pula solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yang agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dengan tergesa2 sebab waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yang kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, "Hish, sapa pulak yang gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ke, sebab dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara org ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yang datang nak sembahyang Asar duduk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut lah kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu saja, tak jadi pergi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Anisa Hang Tuah said...

lol..
terlupa tanggalkan helmet rupenyee
heheh

iszieylyanziy said...

hahaha,,lawak2,,tp mase aamik air smyg xbukak helmet ke?hahaha

MIMIE AIZA said...

hikss x kusyukk sembahyang