Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~*...NaK tahu taK??..Fakta2 menarik dunia Part 9...*~

!
!
!
!
!


1)
Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.

2)
Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter.

3)
Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

4)
Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala’ sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala’.

5)
Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.

6)
Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare.

7)
Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.

8)
Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

9)
Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu.

10)
Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov’.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

sekamar rindu said...

salam..

singgah sini baca entri..

hebat org dulu2.."wazir agung Parsi, Abdul Kassem"

Raji berkata said...

hahaha
jenuh btol nk tnggu kalau smpai 8 jam nk amik gmbr je =.="

Mohamadazhan hjDesa said...

buku2 tu byk di rosakkan oleh puak tartar yang mnawan khalifah islam dulu

Wahida Nasution Thakhrim said...

saya tak sanggup nak ber'posing' selama 8 jam semata2 untuk 1 frame.. kalau macam tu tak ada la nak candid2 segala.. ha3

mOOn said...

wah. fakta menarik.. mintak kongsi..