Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~*...Nice WORDS to REMEMBER...*~

Assalamu 'alaikum w.b.t
:
:
:
:
Nice WORDS to REMEMBER
:
:
1. Don’t let a little dispute injure a great friendship. When you realize you’ve made a mistake, take immediate steps to correct it. 


2. We all take different paths in life, but no matter where we go, we take a little of each other everywhere.


3. Friends are God’s way of taking care of us.


4. True friendship is when two friends can walk in opposite directions, yet remain side by side.


5. Truly great friends are hard to find…Difficult to leave and impossible to forget.


6. Give people more than they expect and do it cheerfully.


7. Never laugh at anyone’s dreams. People who don’t have dreams don’t have much.


8. Remember that great loved and great achievements involve great risks.


9. As you grow older, you will discover that you have two hands, one for helping yourself, the other for helping others… 


10. For lovely eyes, seek good in people.


11. For attractive lips, speak words of kindness.


12. Don’t hurt anyone, it only takes a few seconds to hurt people you
love and it can take years to heal.


13. If God answer your prayer, He’s increasing your faith…if He
delays, He’s increasing yous patience…If He does’nt onswer, He
knows you can handle it.

(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...RAHSIA HANDSET KITER...*~

Ya Salammm...camat pagi... =)
Di mulakan harini dengan Basmalah...penuh ceria kan..
arini ISNIN...org2 da smula stat keje blik daaa selepas rehat 2hari, Sabtu n Ahad..
camat bekerja yer bagi yg bekerja tuuu...~peaceee...

oppsss...topik trsasar lak...pgi yg mulia ni,mY heart nk share ckett info tntang "rahsia handset" yg kite duk guna tuu..mungkin la sstengah dripada anda sume daa taw info ni..tp,mngkin ada yg xtaw...kot2 leh mnolong bg yg xtaw tuu...
yerlaa..kite tahu satu2 ilmu tu..wajib sebarkan walau 1ayat..btul x??

ok2..berbalik pd topik kite..tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh mmbantu dikala kcemasan?..Banyak perkara yg boleh anda lakukan,antaranya;

~sekadar gambar hiasan~:p

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit korang dikunci ( Keypad lock ). 

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya.Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya. 

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' .Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Camat mencuba...
hope u all njoy it..!!

(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Pesanan buatmu...*~


Wahai sahabat
Izinkan ku berbicara
Terus untukmu
Buat kali kedua
Agar kau bisa terima hakikat cinta
Yang berasaskan cinta pada Ilahi
Mengapa harus gelisah
Bila dilanda masalah
Apakah kau sudah lupa
Betapa pahit derita
Perjuangan rasul dan kekasihnya
Biar berguguran
Kasih dan sayang
Kerana mengharap keredhaan Tuhan
Kuntuman cinta kan mekar mewangi
Bila redhaNYA melimpahi bumi
Cinta kasih ALLAH itu
Menjamin segala
Kebahagiaan dunia dan akhirat
Biar menderita mendidik hati yang leka
Kerna ada yang lebih utama
Moga pohon kasih
Bisa tumbuh mewangi
Disirami hujan keimanan
Dan disitulah kasih kita kan bersemi
Kerana sering dibaja oleh penderitaan
Bila kau rasa derita
Jangan kau lupa
Derita itu mendidik nafsu dan jiwa
Bila kau rasa terkorban penuh sengsara
Terkorban itu mazmumah yang beraja
Hati yang bisa terseksa
Akan menjadi teguh
Pahit di mata dunia kerna manisnya syurga
Bila ALLAH yang membela
Keyakinan kan terbina
Yang pasti nafsu menderita
Itulah pengubat jiwa
hakikat dan nilaiannya
Ku sekadar mencari redhaMU Tuhan
Harapnya dikau sentiasa bersama
Aku mengharap menagih cinta dariNYA
Dari situ kasih kita akan bersemi


 “kerana kedudukan sahabat itu sangatlah istimewa, doaku sentiasa mengiringinya mencari keredhaan Ilahi…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...inFo tentang TIDO...*~

Assalam buat teman2 blogger mY heart sekalian...
emmm..jam dah mnunjukkan 1.27am..sgt2 susah tuk mY heart lelapkan mata...xtaw nape..
knyang kot...(",)",)/~...
smbil2 xtaw nape xleh tido n xtaw nk wat pe..trjumpe satu info tntang TIDO...emm,mungkin xapply cara ni kot..tu yg xley tido..huhu...
so...jomm kita layann info ni...i.Allah berhasil
:
:
:
:
:
zasssttttttt...

TIDUR

  • Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur. 


1) Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan    doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan   adalah syurga.


2)Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.


3)Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? 
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X


4)Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.


5)Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.


6)Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.


7)Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.


8)Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
  •  Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
*Peringatan : 
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.


Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu."

 Wallahua'lam.
(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...MALU itu sebahagian daripada IMAN...*~

YA Salaammmun 'Alaikkk...


Aduhai, 
setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU,
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya,
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya, 
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu. 

Kini
 si wanita itu sudah hilang MALUnya, 
Kerana hilang MALU itu 
terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai,
Kerana hilangnya MALU itu
si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL,
Kerana kehilangan MALU itu
 si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.


Aduhai, 
setiap lelaki juga dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU,
Kerana MALU
si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri 
dan MENJAGA AURAT, 
Kerana MALU
si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, 
HALAL dan HARAM tu kena INGAT! 
Kerana MALU itu, 
si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. 
JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. 
Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !" 


Kini,
 si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu
si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu 
si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu
si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!


Sabda Rasullullah saw,
"SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN."


Wahai si wanita dan si lelaki 
Janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU
itu bukan ditempatnya. 


MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya 
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH S.A.W kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN 
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU 
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA. 
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu 


Maka percayalah bahawa MALU itu akan
menyelamatkan kita dari fahsyar wal mungkar!!!


-sumber daripada weluvislam.com (as_saif) 

(",)",)/~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...Ukhuwwah FiLLAH...*~

SAHABAT.......

...Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa...
...Kecuali diri sendiri...
...Tetapi...dalam kita bersendirian...
...kita beruntung...
...kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita...


...Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan
dan kejujuran seorang sahabat...
...begitulah juga dia...
...Tetapi kita sering terlupa akan hal itu...
...Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita...
...kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya...
...kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaanya...


...Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan
dan membela diri...
...Sebenarnya, kita juga pernah membiarkan dia
ternanti-nanti kerana kita juga ada janji
yg tidak ditepati...
...kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita...
 


...Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya??...
...seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...
...tetapi kita sering terlupa...


...Untungnya mempunyai seorang sahabat
yang sentiasa memahami...
...yang selalu berada di sisi pada waktu
kita memerlukannya...
...yang mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa kita dan
ketakutan yang kita alami...
...harapan dan impian juga kita luahkan...
...dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah...
...selalunya kita terlalu asyik mencerita kan...
...tentang diri kita hingga
kadang-kadang kita terlupa sahabat kita
juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita...
 


...pernah kah kita memberi dia peluang
untuk mencerita kan tentang rasa
bimbang nya rasa takut??
pernahkah kita menenangkan dia
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?...


...ikhlaskah kita mendengar tentang
kejayaan dan berita gembiranya?...
...mampukah kita menjadi sumber
kekuatannya sepertimana dia meniup
semangat setiap kali kita rasa kecewa
dan menyerah kalah?...
...dapatkah kita menyakinkan dia yg kita boleh
dipercayai,kita boleh dijadikan tempat
untuk bersandar bila terasa lemah,agar
tidak rebah?...
...bolehkah kita menjadi bahu untuk dia
bersandar harapan?...


...sesekali jadilah sahabat yg mendengar
dari hanya yang bercerita.....
...ambillah masa untuk memahami hati dan
perasaan sahabat kita...
...kerana dia juga seorang manusia
dia juga ada rasa takut ,ada rasa
bimbang sedih dan kecewa
dia juga ada kelemahan dan memerlukan
seorang sahabat...


...sebagai kekuatan jadilah kita sahabatnya itu...
...kita selalu melihat dia ketawa tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg
kita sangkakan...
...di sebalik senyuman mungkin banyak
cerita sedih yg ingin diluahkan...
...di sebalik kesenangan mungkin
tersimpan seribu kekalutan kita tidak tahu...
...tetapi....jika kita cuba jadi sahabat
sepertinya mungkin kita akan tahu....

RENUNGILAH....
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN
KERANA DISEBALIK NYA TERSIMPUL
SEGALA-GALANYA


(",(",)/~


  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~*...keinSafaN maLaM...*~


aku bertemankan bulan
penuh keindahan...
penuh kesyahduan...


bersama merafakkan kesyukuran Ya Rabb....
Engkau Pemberi keindahan
Engkau Pemberi kenikmatan
Pemberi segala kecantikan
bersaksikan bulan bintang di langit......

Kau iringi kata-kata tasbih,
tahmid,
takbir,
hanya melalui himpunan kalimah-kalimah indah

syukurku hanya padaMU...
Ya Muqallibal Quluub...
deraian tangis...
asbab keinsafan
meluntur segala keasyikan dunia
menghakis segala rasa beraja
menghadirkan sejuta pengharapan....
hikmahMU Ya Tuhan
terlalu Agung.


bersujud di pertiga malam
penuh kesunyian....
penuh kesyahduan...
merintih bertali arus tanpa henti
bersaksikan 'al-yadain'..
sebagai penadah bicara..
berharapan dimakbulkan Yang Esa

PadaMu jua kan ku kembali
keranaMu aku di sini
bergumpalkan tanah...
berasalkan dari air yang hina..
dengan kuasaMu Ya 'Aziim'
datang dan perginya aku...
hanya berkeringatkan nikmat kudrat dariMU
akulah hambaMu...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS