Engkau sering datang tanpa diundang
Engkau menjelang tanpa ungkapan salam
Engkau menerpa masuk tanpa dijemput
Engkau hinggap lekat di berbagai sudut
Dengan wajah yang menyimbah resah..
Dengan lidah yang menempah gundah..
Dengan cara yang membawa lara..
Dengan bahasa yang menjelma duka..
Bagimu rupa yang bermacam warna..
Hingga ku lupa membezakan nama..
Kesedihan...
Pada awal mengenalimu, aku begitu terkedu
Wajahmu nan suram seakan hidup menjadi kelam
Aku terdiam dan terbungkam,
Siang bagaikan malam..
Cahaya bagaikan kelam..
Kaucuba palutkan rasa takut dan kalut
Sehingga nafas menjadi semput dan susut
Lantas kau rampas ceria hidup yang dihirup
Kesedihan..
Tika ini, aku telah lama mengenalimu
Apa tidak, sering kau lalu dan bertamu
Entah berapa kian kali kau datang ke sini
Entah berapa waktu ku kau ganggu
Entah dah berapamedan kau ku tentang..
Entah berapa lama kita berkawan tanpa sayang
Datang dan pulangmu sama sahaja
Hadir dan pergi tiada bedanya..
Kesedihan!
Siang bagaikan malam..
Cahaya bagaikan kelam..
Kau
Sehingga nafas menjadi semput dan susut
Lantas kau rampas ceria hidup yang dihirup
Kesedihan..
Tika ini, aku telah lama mengenalimu
Apa tidak, sering kau lalu dan bertamu
Entah berapa kian kali kau datang ke sini
Entah berapa waktu ku kau ganggu
Entah dah berapa
Entah berapa lama kita berkawan tanpa sayang
Datang dan pulangmu sama sahaja
Hadir dan pergi tiada bedanya..
Kesedihan!
Sejak dulu apa yang ku tahu..
Setiap kali ku lihat wajah sayumu,
ku panggil syahdu nama tuhanku
Setiap kali ku lihat wajah sayumu,
ku panggil syahdu nama tuhanku
Setiap kali ku dengar telapak kakimu bergerak,
ku seru tuhanku dengan sebak..
Setiap kali ku rasa kau mula melangkah,
jiwaku pun pasrah, pada Allah ku berserah
Kesedihan!
ku seru tuhanku dengan sebak..
Setiap kali ku rasa kau mula melangkah,
jiwaku pun pasrah, pada Allah ku berserah
Kesedihan!
Ku tahu..
Kaukan terus datang...sukar dihalang..
Kaukan terus bertamu...sukar dijemu..
Namun,
Kau
Kau
Namun,
Apabila kita berjumpa..
Kaukan kuhambat dengan airmata munajat
Kaukan ku lontar dengan esakan istighfar
Kaukan ku siaga dengan tangisan doa
Kaukan ku gempur dengan rasa syukur
Kesedihan..
Kau
Kau
Kau
Kau
Kesedihan..
Hadirlah jika itu yang kau mahu
Moga jelmamu selalu membangunku pilu di malam syahdu
Untukku basahi pipi dengan meratapi:
"Ya Rabbi! Kasihi hambaMu ini!"
~ penulis sajak ini ialah Dr Mohd Asri Zainul Abidin ~
Moga jelmamu selalu membangunku pilu di malam syahdu
Untukku basahi pipi dengan meratapi:
"Ya Rabbi! Kasihi hambaMu ini!"
~ penulis sajak ini ialah Dr Mohd Asri Zainul Abidin ~
2 comments:
sungguh indah bait2 puisi itu..adakah ia menggambarkan kesedihan si penulis??sob..sob...sob..
yup...puisi itu indah...bile hati merasa,tangan pun menari menzahirkan rasa itu...
Post a Comment