~Jika kamu menadah air, biarlah berpada.Jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.Cukuplah sekadar
memenuhi keperluanmu.Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk
kamu menampalnya semula.Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya,mungkin ia masih boleh digunakan lagi..~
~Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu.Mengasihimu.Mengapa kamu berlengah dan cuba
membandingkannya dengan yang lain?Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.
...Kamu juga yang akan menyesal..~
"Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah dia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.."
2 comments:
Berpada-pada dalam segala. Itu yg terbaik, kan! Namun, cubalah sedaya upaya utk mendapat yg terbaik, paling baik tp bersyukurlah ngan apa yg disuratkan ...
salam ziarah..
Bertemu kembali di alam cyber..
masih ingt lagi..rakan sebelah meja semasa di maahad dulu??..
semoga sentiasa di bawah rahmat-Nya..
ukhwah fillah abadan abada..
Post a Comment