Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~*...Air Mata...*~


Salam mahabbah buat semua.....=)

Kali ni ruangan my heart di sajikan dengan topik air mata...apakah definisi air mata?

        Air mata boleh jadi kerana sedih dan boleh jadi juga kerana suka...cuma yang membezakannya adalah bila air mata kesedihan kan terasa sakit seperti ada tusukan sembilu pada hati...tidak pada air mata kegembiraan kan disusuli dengan rasa bahagia di hati..seolah2 sentiasa dengan senyuman..

    Tetapi,alangkah baiknya bile ditimpa musibah dan mendapat kegembiraan,senyuman di bibir sentiasa terukir diselangi dengan lafaz-lafaz kesyukuran..kerana kita telah sedia maklum bahawa hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah...ada masa kita diselubungi dengan kesedihan dan ada masa kita mendapat berita gembira...dan kita telah dijanjikan bahawa tak selamanya kita dengan kesedihan dan bagi yang miliki kebahagiaan tak semestinya hidup mereka tiada ujian  yang melahirkan air mata kesedihan...dan kedua2 air mata,dari kegembiraan dan kesedihan adalah dari sumber yang sama...di mana perasaan yang mempengaruhi emosi itu sahaja yang berbeza antara air mata kesedihan dan air mata kegembiraan...

         Kadang-kadang kita hanya fokus pada air mata kesedihan..bila bercakap tentang air mata akan berhubung kait dengan tangisan..bila dikatakan tangisan secara langsung dikategorikan tangisan itu adalah disebabkan perkara-perkara buruk yang dapat mengubah emosi seseorang menjadi kesedihan...tetapi,kebanyakan orang kurang fokus pada air mata dan tangisan juga boleh jadi disebabkan terlau gembira dan teruja yang dinamakan tangisan disebabkan bersyukur atas kurniaan  yang telah diberikan oleh Allah Ta'ala..tetapi,itu tidak bermakna bila tangisan kesedihan,perasaan bersyukur itu tidak patut lahir dari jiwa seseorang...maka, kedua2 tangisan sama ada air mata kesedihan atau air mata kegembiraan patut lahir perasaan bersyukur kerana itu semua daripada Allah..

        Kedua2 kejadian sama ada baik atau buruk boleh jadi ujian daripada Allah....dengan anugerah kesenangan yang kita dapat,Allah ingin menguji bahawa sudah baguskah kita untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan??..begitu juga bila ditimpa musibah,itu juga ujian daripada Allah yang ingin menguji cukup bersabar dan bersyukurkah kita dalam menghadapi kesusahan itu???..kedua2 sebenarnya motivasi dari Allah yang dapat mendidik jiwa kita supaya lebih dekat denganNYA..cuma terpulang pada kita untuk mentafsirkannya dan menghargainya...


    So,hargailah kedua2nya...,air mata kesedihan dan air mata kegembiraan.....kerana tak sempurnalah hidup seseorang jika hanya dengan kegembiraan tanpa kesedihan dan mustahillah selamanya hidup dengan kesusahan..boleh jadi susah di dunia tetapi,senang di akhirat..dan ini lebih baik daripada senang di dunia tetapi,susah di akhirat...perlu di ingat bahawa selagi mana kita sentiasa bergantung hidup hanya pada Allah,selagi itulah Allah sentiasa bersama kita...curahlah air mata ketika bersujud padaNya..ketika tangan menadah memohon keampunan dariNya di pertengahan malam..kerana ketika itulah bernilainya air mata di sisi Allah Ta'ala...Dia Yang Maha Mendengar...Dia Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.....

Bersama2 menuju cinta Ilahi...=)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

i'd read that tears,whether a sad or happy tears are good for our health...so,menangislah.. :)
p/s:greatest moment in my life is when i'm crying in rain...what a relief..hohoho~~

JuE said...

yeah..that's true dear...ada masa kite perlu menangis n ade mase kite perlu sembunyikan tangisan tersbut..n mmg melalui tangisan kdg2 leh tenangkan hati kite...=)