Powered by Blogger.
RSS

~*...Cinta hati mY hearT...*~

~*...NaK tahu taK??..Fakta2 menarik dunia Part 10...*~

!
!
!
!
!

1)
Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.

2)
Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.

3)
Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

4)
Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

5)
Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

6)
Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf ‘E’.

7)
Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

8)
Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

9)
Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

10)
Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

Anisa said...

nice
(:

Cik Su Life Cycle said...

huyoo..mati tercekik sebab pencungkil gg

suria lekatlekit said...

fakta yang menarik.. lagi2 pasal tupai tu. bleh lak ekk dia lupa

Al - Mu'allim said...

Byk betul fakta menarik kt sini? Buat kajian sndiri ke?

gmj said...

sambar petir? rugi jd laki.haha
wait2,stiap 45 saat?mak aii.hahax!